RADJA

Posted Isnin, November 28, 2005 by Lelaki Herba in Labels:

KUMPULAN Radja mungkin agak asing bagi penggemar muzik tanah air. Hakikatnya, kumpulan yang dianggotai empat anak muda berbakat - Ian Kasela (vokal), Indra (bass), Moldy (gitar) dan Seno (drum) kini adalah nama besar dalam industri hiburan Indonesia.Kejayaan album mereka, Langkah Baru edaran EMI Music Indonesia berjaya terjual lebih sejuta unit di Indonesia sejak dipasarkan Januari lalu, membuktikan segala-galanya.Malah kumpulan ini terus mendapat penghargaan platinum sebaik melepasi sasaran 300,000 unit pada 26 Jun lalu.Album yang berkonsepkan ‘Free Pop’ dengan mempertaruhkan lirik cinta dan universal itu sebenarnya bukanlah buah tangan pertama Radja kerana mereka pernah menghasilkan dua album terdahulu, Lepas Masa Lalu (2001) dan Manusia Biasa (2003).Namun, tuah menyebelahi Radja apabila album ketiga itu berjaya melonjak nama kumpulan anak muda ini sebaris dengan kumpulan gah yang lain seperti Peter Pan, Dewa, Gigi dan Padi.Album ketiga Radja yang dipasarkan di Malaysia pada September lalu setakat ini sudah terjual lebih 15,000 unit dan jangan terkejut jika kumpulan ini bakal menggegarkan pula industri hiburan tanah air, sebagaimana Peter Pan.Radja yang muncul sebagai kumpulan undangan Road Tour Battle of the Band di Menara Kuala Lumpur pada 12 November lalu membuktikan penerimaan peminat dalam muzik genre easy listening mereka. Kumpulan paling popular dari Indonesia ini mempertaruhkan single pertama Jujur dan kedua, Takkan Melupakanmu bagi pasaran Malaysia yang dipasarkan oleh Trophic Jaya Entertainment Sdn Bhd.Sepanjang tempoh promosi album di Kuala Lumpur, media Malaysia sempat diperdengarkan dengan genre muzik unik mereka yang nyata mudah diterima pendengar muzik hari ini. Memang ummmphhh!!! Bak kata Radja pada media Malaysia - “Muzik adalah makanan kami, muzik jugalah pekerjaan kami,”! Bayangkan betapa cintanya kumpulan ini pada muzik.Album Langkah Baru menghimpunkan sebanyak 13 lagu seperti Takkan Melupakanmu, Wahai Kau Cinta, Tetaplah Kau Jadi Milikku, Selalu Jauh Dari Cinta, Manusia Biasa, Tak Seperti Dulu, Butuh Waktu, Lepas Masa Laluku, Cinderella dan satu trek bonus, Ini Aku Adanya.Pegawai Unit Promosi Tropic Jaya Entertainment Sdn Bhd, Epin berkata, Radja dijangka mengadakan konsert bergerak di negara ini pada Februari tahun depan.Peminat Radja juga boleh mengenali mereka dengan lebih dekat dengan melayari laman web rasmi www.radjaband.com atau menghantar e-mel kepada anggotanya menerusi alamat radjaku@radjaband.com pada bila-bila masa.INFO
Radja ditubuhkan pada 17 Mac 2001 dengan anggota asal Ian (vokal), Suma (bass), Moldy (gitar) dan Adit (drum).
Indra dan Seno menyertai Radja pada 2003 selepas pengunduran Suma dan Adit.
Majalah Hai (Indonesia) menyenaraikan kumpulan Radja di tangga kelima bagi pendapatan terbanyak kumpulan sepanjang 10 bulan pertama tahun ini di Indonesia dengan jumlah Rp5.850 bilion (kira-kira RM3 juta).

3 comment(s) to... “RADJA”

3 comments:

tOTiN berkata...

radja besh.. tapi displin die truk kat indon nie.. lebih prefer kpada displin peterpan.. on time klau bwt concert tuh..



Tanpa Nama berkata...

tolong buat perenggan bleh tak?



Fillah berkata...

hiburan dan informasi seiring dengan realiti ;)

Here is something to ponder on..from a different perspective..

http://www.tokeikedai.net.my/v8/index.php?name=News&file=article&sid=4150