BAIK PUNYA CILOK KE PAWAGAM!!!

Posted Sabtu, Disember 17, 2005 by Lelaki Herba in Labels:
KEMUNCULAN filem Baik Punya Cilok (BCP) dengan gandingan Afdlin Shauki, Hans Isaac, Awie dan AC Mizal akan membuatkan anda pecah perut menyaksikan gelagat selamba mereka.
Penghasilan filem ke-12 terbitan Tayangan Unggul Sdn Bhd (TUSB) arahan Afdlin ini digarap dengan amat kreatif, kemas susunan dan berjaya lari dari kebiasaan genre komedi sedia ada. Melalui kreativiti Afdlin, BPC berjaya membuktikan jejaka macho juga boleh bertukar karektor kepada komedi selamba yang mencuit hati.BPC tampil dengan kelainan tersendiri tetapi ringkas dan mudah difahami. Afdlin berjaya membuktikan filem Melayu alaf baru boleh berdiri sendiri hanya bersandarkan kekuatan hero tanpa perlu heroin jelita di sisi. Skrip, jalan cerita, pemilihan genre dan akhirnya kekuatan pelakon penting bagi memastikan sebuah filem itu berkualiti serta mendapat garapan kemas.‘Lu cilok gua...gua cilok lu’ adalah keratan korus lagu tema filem ini yang sering berkumandang di corong radio. Kombinasi lengkap BPC dijangka akan menggegarkan 31 pawagam seluruh negara. Watak penyanyi rock terkenal negara, Awie sebagai Bob KP pasti menggamit peminatnya yang rindukan kemunculan Awie di layar perak. Tambahan pula, peluang menyaksikan kelainan watak Awie dari seorang mat rock sasa dan macho kepada seorang berjiwa sentimental dan berbahasa puitis terasa amat rugi jika dilepaskan.

Taufik: Bagi Lima Bintang...Jangan Lupa tengok...

2 comment(s) to... “BAIK PUNYA CILOK KE PAWAGAM!!!”

2 comments:

Jiwa Rasa berkata...

Saya sangat minat cerita Buli, arahan Afdlin. Filem yang ini, nampak macam lebih menarik dari itu...



bobooi berkata...

LAPORAN HUJUNG TAHUN..

Bobooi budak yang baik dan selalu gosok gigi setiap pagieee...

Dengan tekunnya...
TELAH poon...
MEMBACA entry tulisan MOHD TAUFIK ini...
Pada tanggal 27 December tahun 2005 tepat pada pukul 3.00 petang...
Dengan penuh penghayatan, konsenterasi...
DAN...
Dengan penuh semangat kemanusian...
(Walaupon..bobooi belum sempat minum TEH petang..)

Heheheeeee...
Heheheeee...

p.s.
Selamat sambut tahun baru 2006..