KONFLIK ERRA-YUSRY

Posted Sabtu, Disember 17, 2005 by Lelaki Herba in Labels:

DEGUP jantung terhenti seketika apabila Berita Harian, Rabu lalu menyiarkan tajuk muka depan - 'Pengakuan Erra, Yusry - tidak tinggal sebumbung'. Malah semua akhbar utama turut menyiarkan cerita yang sama pada muka depan.Selepas Erra, 31, dan Yusry, 32, memberi penjelasan kepada mohd taufik mengenai pergolakan rumah tangga mereka sebelum ini, akhirnya mereka tampil membuat pengakuan bersama, iaitu tidak lagi tinggal sebumbung, namun masih mengekalkan ikatan sebagai suami isteri dalam satu majlis minum petang di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).Dalam pertemuan bersama rakan media itu, mereka turut ditemani Abang Long, Norman KRU yang bertindak sebagai pengerusi majlis. Dia memberitahu pihaknya terpaksa membuat pengumuman penting itu supaya tidak timbul lagi spekulasi yang semakin menggerunkan, sekali gus menjelaskan status sebenar rumah tangga adik dan isterinya itu. Namun, ingin mohd taufik jelaskan di sini, mereka hanya tinggal berasingan saja dan masih sah sebagai suami isteri.Mohd taufik terpaksa menjelaskan sekali lagi kerana maklum balas yang mohd taufik terima lagi menggerunkan, “Dah tak tinggal sebumbung tu, alamatnya dia orang nak bercerai.” . Begitu juga dengan kiriman e-mel, rata-rata peminat sukar menerima pengakuan suami isteri itu. Di sini,saya akan paparkan sebahagian dari perbualan telefon dengan seorang pemanggil wanita yang amat meminati Erra dan Yusry.“Susah saya nak terima kenyataan kalau bukan dari mulut Erra dan Yusry sendiri.Tapi, benda dah berlaku nak buat macam mana. Walau bagaimanapun, masih ada ruang mereka memperbaiki keadaan. Saya akan sentiasa mendoakan agar rumah tangga mereka dapat diselamatkan.“Mereka hanya mampu merancang dan berusaha, tapi keputusan akhir kita tak tahu. Seandainya mereka memilih jalan untuk berpisah sebagai penyelesaian, saya...,” kata pemanggil itu yang tidak dapat meneruskan perbualannya kerana terlalu sebak.Saya yakin, ramai peminat tidak mahu episod perceraian terjadi dalam sejarah rumah tangga Erra, Yusry. Justeru, sama-samalah kita berdoa, agar mereka berjaya mencapai kata sepakat dan kembali hidup bersama, aman dan damai. Kepada Erra dan Yusry, berbanyaklah bersabar kerana apa yang berlaku adalah dugaan Tuhan. Pasti ada rahmat di sebalik dugaan ini.Sabarlah.Sabar itu separuh dari iman...

Taufik: Hidup Berumah tangga banyak cabaran...

0 comment(s) to... “KONFLIK ERRA-YUSRY”

0 comments: