BULI BALIK KE PAWAGAM!!!

Posted Ahad, Januari 29, 2006 by Lelaki Herba in Labels:






Bagi semua kaki wayang bagi filem melayu tempatan pasti anda sedang menantikan kesinambungan filem BULI iiaitu BULI BALIK di mana filem ini adalah balasan bagi Roy (Hans Isaac) yg telah dibuli balik oleh Nordin (Afdlin Shauki) yg juga digelar Mr.Bean Malaysia .

Dalam Filem tersebut Roy yg kemalangan telah dikejarkan ke hospital dan mengalami masalah hilang ingatan dan hanya pada Nordin sahaja tempat bagi Roy utk memulihkan kembali ingatannya.

Atas desakan Shaf teman rapat juga PA Nordin,akhirnya Nordin bersetuju utk membantu Roy dan inilah peluang terbaik untuk Nordin membalas dendam atas perbuatan yg dilakukan oleh Roy padanya selama ini.

Nordin yg pada mulanya serba salah,kadangkala terpaksa akur kerana ada ketikanya dia juga sering teringatkan kejahatan yg sering dilakukan oleh Roy terhadap dirinya.Dalam pada itu,Rudy seorang banduan yg begitu berdendam terhadap mereka yg telah menyumbatnya ke dalam penjara sedang berusaha menjejaki orang yg harus bertanggungjawab terhadapnya.

Pelbagai pergolakan & konflik yg berlaku sepanjang tempoh memulihkan kembali ingatan Roy.Apakah dendam Nordin terbalas? Berjayakah Rudy mengesan mereka yg telah menyumbatnya ke penjara? Sama-sama kita nantikan tayangan unggul filem BULI BALIK yg penuh dgn aksi komedi melucukan yg akan muncul di pawagam tanah air pada 26 Januari 2006. Tengok jangan tak tengok ye!!! Gerenti gempak punya...

Taufik: Jangan menyangka kejahatan tidak mendapat balasan....

0 comment(s) to... “BULI BALIK KE PAWAGAM!!!”

0 comments: