ERA TETAP NO.1 DI MALAYSIA

Posted Ahad, Februari 05, 2006 by Lelaki Herba in Labels:


Dah menjadi macam satu trend pula apabila beberapa artis popular menjadi DJ. Baru-baru ini Aznil Nawawi,kemudian Saiful Apek dan kini giliran bintang sensasi iaitu Mawi pula . Semuanya di stesen nombor 1, mana lagi ERAlah.

Peminat-peminat yang sebelum ini sering mendengar alunan merdu suara penyanyi pujaan mereka kini berpeluang pula mendengar celoteh dan ragam di udara. Best kan...

Lepas ini ERA tentunya `WORLD` kerna bintang-bintang yg popular dah ada di situ . Patut la... mereka pun dah kehilangan Halim Othman ,Seelan Paul dan Farah Fauzana, ditambah pula dengan persaingan hebat dari stesen radio lain seperti XFRESH FM,HOT FM dan lain-lain maka kenalah ERA `do something`.

Apapun,Gua (Taufik) Harap ERA sentiasa peka dan prihatin dgn komen dan kritikan yang banyak dilemparkan oleh pendengar ERA sejak kebelakangan ini terutamanya Lepas Geram Di ERA . Program ini Gua lihat sudah melampau daa... Pihak ERA rekalah program lain bagi menarik minat pendengar untuk mendengar ERA.

Taufik: Nak Dengar celoteh dan ragam Mawi lepas ini...

0 comment(s) to... “ERA TETAP NO.1 DI MALAYSIA”

0 comments: