ERRA-AWIE KEMBALI BERLAKON?

Posted Ahad, Mac 05, 2006 by Lelaki Herba in Labels:





Erra akan kembali ke sisi Awie? Begitulah khabar yang saya terima. Lain macam bunyinya. Bukankah Erra mengalami gelora rumah tangga dengan Yusry KRU? Takkan nak menambahkan lagi gelora tersebut? Saya pun hairan. Gelora rumah tangga mereka berdua nampaknya masih belum reda. Masih juga pihak media tidak henti-henti menceritakan kisah rumah tangga mereka berdua.

Jangan salah anggap sebenarnya, Erra kembali ke sisi Awie hanyalah untuk berlakon dalam filem terbaru pengarah berkaliber siapa lagi kalau bukan Afdlin Shauki.Mereka berdua digandingkan bersama dalam filem Sumo. Mereka cuma berlakon sahaja. Tak lebih dari itu.

Para peminat pasti tidak sabar melihat kembali Erra dan Awie yang pernah dianggap pasangan pelakon paling popular pada masa dahulu. Antara filem yang dilakonkan oleh Awie dan Erra ialah Sembilu,Tragedi Oktober dan lain-lain lagi.Saya sendiri tidak sabar nak lihat aksi Lakonan Erra dan Awie dalam Filem yang akan datang,Sumo.

Erra dan Awie sememangnya ramai peminat. Saya rasa pasti filem Sumo menjadi Box-Office seperti filem Baik Punya Cilok yang mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari penonton. Mana tidaknya, kutipan bagi filem Baik Punya Cilok sudah mencecah melebihi 2 juta ringgit.

Taufik: Gerenti meletuplah filem Sumo ini...

0 comment(s) to... “ERRA-AWIE KEMBALI BERLAKON?”