ISU PANAS SITI

Posted Sabtu, Mac 11, 2006 by Lelaki Herba in Labels:


Saya sebenarnya sudah menjangka mengenai hubungan rapat dan persoalan sama ada penyanyi No.1 negara,Siti Nurhaliza sudah menamatkan zaman bujangnya atau sebaliknya.Berita mengenai Siti Nurhaliza dan Datuk K sudah tersebar luas di negara ini terutamanya akhbar-akhbar tempatan yang tidak henti-henti mengulas tentang isu ini.Yang menjadi persoalannya ialah sudahkah Siti bernikah dengan Datuk K atau belum lagi.Segalanya bermula apabila akhbar-akhbar tempatan menyiarkan gosip panas terbaru tentang hubungan mereka.Siti pula terpaksa menjawab persoalan dari wartawan-wartawan media ekoran berita ini makin tersebar luas. Kalau sebelum ini Siti agak keberatan untuk menjawab persoalan-persoalan tersebut namun kini segalanya berubah.Siti seakan-akan sudah memberi kata putus kepada pihak media dan juga para peminatnya mengenai hubungannya dengan Datuk K. Seperti yang kita semua maklum,jawapan Siti terus menimbulkan tanda tanya.Tambahan pula,cara Siti sendiri menjawab pertanyaan pihak media dengan asyik menyebut 'no komen'.Ini akan merumitkan keadaan.Sesungguhnya hubungan intim penyanyi jelita itu dengan Datuk K tidak lagi dapat dirahsiakan.Cuma yang menjadi persoalan ialah bilakah mereka akan bernikah.Itulah persoalannya.

Apapun,tenyata isu ini terus popular dalam mendahului isu-isu lain yang berunsurkan hiburan tempatan. Kalau dulu berita mengenai gelora rumah tangga Era dan Yusry menjadi isu hangat namun kini isu Siti dan Datuk K pula menjadi isu yang hangat.Munkin juga ramai yang patah hati dan give up apabila Siti kini semakin hampir untuk menamatkan zaman bujangnya .Mungkin peminat Siti bimbang Siti tidak akan menyanyi lagi apabila sudah berkahwin kelak.Saya pun faham perasaan peminat-peminat Siti.Akan tetapi saya rasa Siti sendiri pun faham kehendak para peminat setianya.

Taufik: Doakan kebahagiaan mereka jika mereka bernikah menurut perancangan...

0 comment(s) to... “ISU PANAS SITI”

0 comments: