AFDLIN SHAUKI DI INTERNET

Posted Isnin, April 24, 2006 by Lelaki Herba in Labels:

Siapa yang tidak kenal Afdlin Shauki? Orang yang berjaya mencapai kutipan lebih dua juta untuk dua filemnya yang ditayangkan berturutan di pawagam baru-baru ini. Pada saya apa yang dihidangkan adalah berbeza dengan filem-filem tempatan lain. Ia berjaya menarik para peminat filem tempatan dari pelbagai bangsa dan umur ke pawagam. Nampaknya individu yang kreatif ini telah mencetuskan fenomena baru dalam industri filem tempatan. Afdlin Shauki bermula sebagai penyanyi di RAP atau Roslan Aziz Production di mana beliau adalah salah satu bakat yang diketengahkan oleh RAP kepada industri muzik selain daripada Sheila Majid, Zainal Abidin, Amir Yussof dan Zubir Ali. Sebagai seorang yang kreatif beliau telah mengambil keputusan untuk mendalami ilmu perfileman di luar negara.Filem pertama beliau sebagai hero adalah Soal Hati dan seterusnya Soalnya Siapa? yang dilakonkan bersama Erra Fazira. Kedua-dua filem itu telah mengangkat namanya sebagai pelakon terkenal dan popular tanahair. Beliau telah memenangi Anugerah Pelakon Terbaik di Festival Filem Malaysia ke 15 menerusi filem Soal Hati.Beliau juga telah menjadi pelakon tambahan dalam filem produksi Hollywood Anna and The King yang dilakonkan oleh Jodie Foster dan Chow Yun Fatt. Walaupun wataknya kecil beliau tetap dikenali oleh para peminat filem itu.Filem pertama arahannya iaitu Buli telah meletakkan beliau sebagai penerima Anugerah Sutradara Harapan pada Festival Filem Malaysia ke 17 di samping memenangi Lakon Layar Terbaik dan Cerita Asal Terbaik. Beliau terus menghasilkan dan berlakon dalam Biar Betul, Baik Punya Cilok dan Buli Balik. Beliau telah mempunyai ramai peminat yang datang dari pelbagai usia, bangsa dan tempat di seluruh Malaysia.Dengan itu beliau telah menggunakan internet untuk mencapai para peminatnya dan juga menyampaikan idea serta pendapatnya mengenai isu-isu semasa industri perfileman. Beliau telah memulakan laman web untuk para peminatnya menerusi blog terutamanya laman Blogspot (http://afdlinshauki.blogspot.com/) dan menggunakan kodok sebagai perantara yang mesra kepada para peminatnya. Beliau dinamakan sebagai Chief Kodok atau Cip Kodok dan para peminatnya sebagai Kodoks.

Taufik:Pernah juga lawat Blog Afdlin Shauki!!!

0 comment(s) to... “AFDLIN SHAUKI DI INTERNET”

0 comments: