ALBUM PERTAMA KHAFI !!!

Posted Khamis, April 20, 2006 by Lelaki Herba in Labels:

ARTIS: Khafi
JUDUL: Satu Jengkal
GENRE: Pop Rock

HARUS saya akui, Khafi sarat dengan komposisi bermutu. Untuk album sulung itu sudah dikira sebagai satu kelebihan yang memihak kepada masa depan yang cukup cerah. Mungkin ramai setuju kalau saya katakan jenuh juga menunggu album penuh daripada dua juruhebah radio popular tanah air ini.Sekarang baru nampak batang hidung mereka. Secara metaforanya ia pergerakan Satu Jengkal oleh dua personaliti ini ke dalam cabang dunia showbiz yang luas ruang lingkupnya.Tiada apa yang rumit mengenai album ini. Kebanyakan gubahan lagu berada dalam kategori sing along song, catchy, santai dan paling penting sedap di telinga. Tak perlu berkerut dahi memikirkannya.Pilihan peribadi sudah tentu Tiada Yang Kedua, Teka Silangkata, Satu Jengkal dan Fantasi Cinta. Cuma mungkin, dalam senarai 10 trek tidak ada satu yang saya dapat kategorikan sebagai lagu yang kuat atau punya elemen x-factor.Begitupun ia bukan album yang berkelas biasa. Satu Jengkal adalah produk sulung Khafi yang ada kekuatan.Lihat saja kulit albumKhafi yang menunjukkan memang mereka serius untuk terjun ke bidang ini. Jelas, sentuhan Raunajud Urban Ad pada kulit album punya elemen modern art yang hebat.Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang Kumpulan Khafi, layari www.khafi.com .Belilah album ini yang original.Sebelum mengakhiri ulasan ini, lagu Akhir pada Trek 8 pun sedap. Kalau teringin hendak menyanyi bersama, turut disertakanminus-one Fantasi Cinta dan Tiada Yang Kedua.

Taufik: Lagu mereka memang sedap belaka...

0 comment(s) to... “ALBUM PERTAMA KHAFI !!!”

0 comments: