DEWA 19

Posted Sabtu, April 15, 2006 by Lelaki Herba in Labels:
Dewa 19 atau Dewa adalah kumpulan muzik rock yang tidak asing di negara ini.Nama mereka sudah gah dan terkenal di negara ini.Dahulu,lagu kumpulan ini yang popular ialah 'Satu' , 'Pupus' dan banyak lagi.Lagu Dewa ini menjadi siulan ramai peminat Dewa khususnya para remaja.Saya sendiri pun terpesona mendengar lagu mereka terutamanya 'Satu'.Untuk pengetahuan para pembaca,kumpulan Dewa akan membuat persembahan pada konsert Pesta Malam Indonesia.Konsert ini diadakan selama 8 jam.Artis yang hadir pula ialah 7 Kumpulan dan 1 Penyanyi solo.Saya rasa setiap kumpulan satu jam agaknya.Antara artis yang hadir ialah Padi,Gigi,Cokelat,Ratu,Ada band dan Ari Lasso.Pendek kata,kesemua artis yang hadir pada konsert ini tidak kurang popularnya.Konsert ini ditaja oleh Hotlink.Untuk maklumat lanjut mengenai konsert ini layari www.hotlink.com.my .Anda juga boleh memuat turun lagu kumpulan tersebut menerusi Hotlink.Dengar khabarnya lagi,Kumpulan Dewa akan muncul dengan albumnya yang berjudul 'Republik Cinta'. Album ini dijangka akan mendapat sambutan yang menberansangkan oleh para peminat berbanding dengan album-album sebelumnya.Dalam album ini juga dimuatkan lagu 'Laskar Cinta'.Lagu ini semakin popular dan sering diputar di corong radio.Lagu ini dicipta oleh Ahmad Dhani dan liriknya juga ditulis oleh Ahmad Dhani.Untuk maklumat lanjut mengenai Kumpulan Dewa layari www.dewa19.com .Berikut ialah lirik lagu 'Laskar Cinta' buat tatapan para pembaca:

Laskar Cinta
Dewa

Wahai jiwa jiwa yang tenang
Berhati-hatilah dirimu kepada
Hati-hati yang penuh
Dengan kebencian yang dalam
Karena sesungguhnya iblis
Ada dan bersemayam
Di hati yang penuh dengan benci
Di hati yang penuh dengan prasangka

Laskar cinta
Sebarkanlah benih-benih cinta
Musnahkanlah virus-virus benci
Virus yang bisa rosakkan jiwa
Karena cinta adalah hakikat
Dan jalan yang terang bagi semua manusia

Jika kebencian meracunimu
Kepada manusia lainnya
Maka sesungguhnya iblis
Sudah berkuasa atas dirimu

Maka jangan pernah berharap
Aku akan mengasihi
Menyayangi
Manusia manusia
Yang penuh benci seperti kamu

Taufik: Nak tengok konsert Dewa di Pesta Malam Indonesia...

0 comment(s) to... “DEWA 19”

0 comments: