Ronaldinho Jadi Tumpuan

Posted Isnin, Jun 12, 2006 by Lelaki Herba in Labels:


Piala dunia FIFA 2006 sudah memulakan tirainya.Peminat-peminat bola sepak pasti tidak ketinggalan menyaksikan perlawanan bola sepak yang berlangsung selama sebulan ini.Banyak perkara-perkara yang menarik terjadi semasa perlawanan bola sepak bermula.Pasti juga terdengaran teriakan `GOL` yang sering diucapkan oleh penonton bola sepak.Inilah yang dikatakan demam bola.Pemain-pemain bola sepak yang paling berbakat dan ada skill tersendiri ialah Ronaldinho.Selain Ronaldinho ,ramai lagi soccer yang berbakat.Siaran langsung bola sepak piala dunia dapat ditonton di ASTRO,RTM 1 ,RTM 2 dan NTV 7.Penaja utama siaran piala dunia 2006 di Malaysia ialah maxis. Power root sebagai penaja sampingan siaran piala dunia.

JIKA David Beckham adalah tarikan utama di Jepun empat tahun lalu, tiada langsung keraguan siapa sebenarnya dinantikan peminat seluruh dunia di edisi saingan Piala Dunia kali ini.
Apabila Ronaldo de Assis Moreira - lebih dikenali sebagai Ronaldinho - melangkah ke Stadium Olimpik Berlin, esok, kehadirannya akan disambut dengan gema sorakan, diiringi sinar lampu kamera ribuan jurugambar dan jutaan peminat yang menyaksikan setiap gerakannya di kaca televisyen.

Tetapi ketika harapan dan jangkaan kian memuncak menjelang aksi pembukaan Brazil menentang Croatia, Ronaldinho akan menyisihkan fikiran terhadap helah terbarunya ataupun misi negaranya memburu gelaran Piala Dunia keenam, sebaliknya memfokuskan kepada hanya dua orang - mendiang bapanya dan anak lelakinya yang berusia dua tahun.Kepada kedua-duanya, Ronaldinho akan bertafakur seketika sebelum mengingatkan dirinya: ‘Saya mesti membuatkan mereka bangga dengan saya.’Ronaldinho baru berusia lapan tahun ketika bapanya, Joao mati akibat serangan sakit jantung di kolam mandi, dengan impiannya menjadi pemain bola sepak profesional turut terkubur bersamanya.Segala yang dicapai Ronaldinho semenjak itu - daripada detik awal di selatan Brazil sehingga memenangi Piala Dunia dan diiktiraf selaku Pemain Terbaik Dunia - ditujukan khas kepada keluarganya.“Saya sentiasa terfikirkan mengenai ayah saya. Selepas setiap gol, saya berdoa untuknya. Saya tahu dia memerhatikan saya dari syurga. Abang saya, Roberto, mengambil alih peranan selaku ayah dan kami memang rapat.“Keluarga saya tinggal bersama saya di Barcelona ketika ini. Ibu saya memasak, adik perempuan saya menjaga rumah dan abang saya mengendalikan perniagaan. Ia adalah suasana yang amat menggembirakan.“Dan tahun lalu, anak lelaki saya dilahirkan (juga dinamakan Joao) dan ia mengubah hidup saya.

Sejak itu saya cuba menjadi contoh yang baik supaya anak saya akan mendengar perkara yang baik mengenai ayahnya apabila dia membesar nanti,” katanya.Bersama Ronaldinho, gaya samba yang dikait rapat dengan pasukan kebangsaan Brazil bukan satu gurauan, ia adalah gaya hidupnya.Ketika remaja, gerak semulajadinya terhadap rentak dan detik tepat bermakna dia memiliki pilihan untuk menjadi penari samba profesional. Pemain-pemain pertahanan Croatia yang terpaksa menentangnya minggu ini pastinya berharap dia sepatutnya memilih menjadi penari.“Saya perlu samba untuk hidup - ia adalah keghairahan utama saya, sebaris bola sepak,” kata Ronaldinho. “Membesar di Porto Alegre, saya sentiasa mendengarnya. Ia muzik ibu saya dan juga datuk nenek saya. Ia juga memberikan perasaan samba yang saya cuba bawa ke tengah padang.“Saya mengikuti kelas samba sehingga berusia 15 tahun. Tetapi saya perlu membuat pilihan - bola sepak atau menari? Saya pilih kerjaya dalam bola sepak profesional dan sudah tentu saya tidak menyesalinya.

”Untuk Barcelona dan Brazil, Ronaldinho memainkan peranannya sebagai ‘pengarah muzik’ dengan serius. Dia menggalakkan pasukan Brazil untuk memukul gendang bersama bagi tujuan membina perpaduan dan beberapa pemain yang tidak berkongsi kegemarannya menerima hakikat betapa dia perlukan rentak untuk mempersiapkan diri.“Saya perlu mendengar muzik sebelum perlawanan. Saya tahu ia mengganggu segelintir pemain tetapi mereka tahu saya perlukannya. Saya mendengar samba dan kemudian mampu beraksi dengan baik.“Ketika saya masih kanak-kanak, saya biasa bermain bongo dan gendang lain dalam latihan untuk karnival. Dan kemudiannya, apabila karnival tiba, saya pula bermain bola sepak, jadi saya merinduinya. Tetapi apabila Brazil bermain bola sepak, inilah karnival saya.” - Agensi Tertentu...

TAUFIK SM: Kalau boleh nak tonton semua perlawanan bola sepak tapi apa boleh buat dah nasib badan...

0 comment(s) to... “Ronaldinho Jadi Tumpuan”

0 comments: