SITI-DATUK K AKAN BERNIKAH !!!

Posted Ahad, Ogos 20, 2006 by Lelaki Herba in Labels:


Kuala Lumpur: Jurunikah berpengalaman Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI),Nasroddin Mat Daud,diberikan tugas besar untuk mengijabkabulkan Datuk Khalid Mohamad Jiwa (Datuk K) dengan Siti Nurhaliza (CT), Isnin ini.

Beliau sudah lebih tujuh tahun melaksanakan tugas ini termasuk menikahkan Sultan Brunei dengan bekas wartawan TV 3 ,Azrinaz Mazhar Hakim pada bulan Ogos tahun lalu. Saya juga difahamkan ,pada hari pernikahannya yang dijangka disiarkan secara langsung menerusi TV 3 dari Masjid Wilayah Persekutuan,Jalan Duta,di sini , Siti Nurhaliza juga akan menerima hantaran RM30,000 manakala mas kahwinnya RM22,222.22. Namun demikian , Pengarah JAWI masih belum membuat kata putus bahawa siapakah yang akan menjadi jurunikah pada hari Isnin ini di Masjid Wilayah Persekutuan,Jalan Duta. Namun begitu, siapa jurunikah yang akan dilantik akan diputuskan beberapa jam sebelum majlis pernikahan itu berlangsung.

Apapun saya, tuan punya blog ini mengucapkan jutaan tahniah kepada kedua-dua golongan VIP ini yang akan bernikah pada Isnin ini. Saya berharap agar pasangan ini kekal bahagia hingga ke akhir hayat.AMIN... Wassalam...

Taufik SM : gerenti meriah upacara pernikahan antara Datuk K dengan Siti Nurhaliza
ini...

0 comment(s) to... “SITI-DATUK K AKAN BERNIKAH !!!”

0 comments: