Biodata & Info Tentang Faizal ‘Hot FM’

Posted Rabu, Februari 21, 2007 by Lelaki Herba in Labels:
video


Apabila sebut sahaja nama Faizal Bin Ismail atau popular dengan gelaran FBI pasti ramai orang akan teringat itu adalah Faizal atau FBI yang bergandingan dengan Fara Fauzana (Fafau) dalam Hot FM AM Krew yang kini boleh ditonton secara ‘live’ melalui 8TV. Jika pembaca setia menonton TV3 pasti tertonton ‘iklan promosi’ supaya orang ramai mendengar dan memantau Hot FM AM Krew yang ke udara setiap pagi,Isnin hingga Jumaat dan kini boleh menonton segmen tersebut melalui 8TV. Beliau adalah salah seorang daripada lapan orang penyampai di stesen Hot FM. Beliau juga merupakan seorang penyampai radio yang tinggi lampai dan antara penyampai radio Hot FM yang semakin popular. Sebagai bukti, Faizal Ismail kini sudah tercalon dalam kategori Penyampai Radio Lelaki Popular dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2006. Meskipun, Faizal kalah dengan Halim Othman dalam kategori tersebut namun sudah memadailah dia tersenarai dalam ‘Top 5’ dalam kategori Penyampai Radio Lelaki Popular. Ini dapat membuktikan bahawa beliau ini semakin popular. Kawan seangkatannya iaitu Khairil Rashid juga turut tersenarai dalam kategori tersebut. Untuk pengetahuan pembaca sekalian, Faizal Ismail bergabung nama dengan Khairil Rashid lalu membentuk Kumpulan muzik yang diberi nama ‘Khafi’ yang popular dengan lagu Fantasi Cinta, Tiada Yang Kedua dan lain-lain. Lagu mereka ini masih diputarkan di corong radio terutamanya stesen radio Hot FM dan Era FM. Jika penonton pernah menonton segmen Hot FM AM Krew di 8TV pasti pembaca sering melihat gelagat Faizal dan Fara Fauzana yang saling usik-mengusik ketika di konti Hot FM. Berikut adalah biodata dan serba sedikit info tentang jejaka ini:-


-Nama: MOHD Faizal Ismail
-Zodiak: Taurus
-Hobi: Mengusik dan mengacau
-Warna kesukaan: Pelangi
-Makanan Kegemaran: Nasi Kandar Penang
-Satu perkataan untuk mewakili anda: Waras
-Nyatakan satu perkara tentang diri anda yang rasa tidak diketahui oleh orang lain: Saya pendiam kalau tak ‘On-Air’
-Jika berpeluang, siapakah yang anda paling ingin untuk menemuramah: Ryan Seacrest
-Adakah anda mempunyai lesen memandu yang sah? Nyatakan kelas kenderaan anda: Mestilah, Kelas D
-Jikalau anda tidak jadi Dj, apakah kerjaya anda sekarang: Tiada kerja Wira (Filem,TV,Komik dll) Kluang Man, Chicken Little
-Gula-gula kesukaan: Gula-gula getah
-Bunyi yang paling gemar didengari: Bunyi Hujan Masa mahu tidur
-Rancangan TV kegemaran: The Apprentice
-Perkara pertama yang akan terfikir sewaktu bangun pagi: Awalnya kena bangun
-Percutian impian anda dan kenapa anda pilih tempat tersebut: Hawaii, sebab nak gelek Aloha
-Jika berpeluang menjadi watak filem yang anda minati, siapakah watak tersebut dan kenapa anda pilih watak tersebut: Jack Dawson dalam Filem Titanic, kerana dapat berlakon dengan Kate Winslet
-Makanan kegemaran sewaktu Hari Lebaran: Kuih raya
-Pasukan bola sepak profesional/negara yang anda minati: Brazil dan Wanita Brazil
-Kereta yang anda paling minati: Kereta Kabel
-Kata-kata hikmah yang ingin dikongsikan bersama pengunjung laman web rasmi Hot FM: Hidup mestilah ceria dan gila-gila!

[Dipetik dan diubahsuai daripada sumber tertentu !!!]

Taufik SM: Mula mengenali Khafi (Faizal Ismail dan Khairil Rashid) sejak terdengar lagu Fantasi Cinta di corong radio Era FM. Khafi adalah band muzik kegemaran penulis blog ini !!!


0 comment(s) to... “Biodata & Info Tentang Faizal ‘Hot FM’”

0 comments: