Biodata & Perihal Afdlin Shauki

Posted Jumaat, Februari 09, 2007 by Lelaki Herba in Labels:



Memulakan Kerjaya seni sebagai: Hos di Astro & menyertai RAP Production.
Usia: 35 tahun ( 2006)
Pendidikan: Ijazah dalam jurusan arkitek dari universiti di Amerika Syarikat.
Adik-Beradik: Anak sulung dari 10 adik-beradik.
Impian sebenar: kerjaya yang mencabar seperti bidang penyiaran
Azam: Berbekalkan darah seni yang diwarisi dari ayahnya, seorang pemuzik, Afdlin Shauki mahu menyimpan hasrat mengembangkan bakat yang dianugerah Allah, sebagai anak seni.
Kata Afdlin Shauki mengenai idolanya: “ Memang,saya peminat No 1 Allahyarham Tan Sri P.Ramlee. Tak malu saya katakan,Allahyarham adalah mentor saya. Tetapi saya bukan mahu jadi dia Cuma saya mengagumi bakatnay sebagai pelakon,penyanyi ,pelawak,pemuzik,dan sebagainya. Apa yang ada padanya, memang luar biasa”.
Kata rakan-rakan seni yang lain mengenai Afdlin Shauki: Afdlin Shauki memiliki bakat seperti Allahyarham Tan Sri P.Ramlee- penulis skrip,pengarah pentas,pelakon,penyanyi, penulis lirik, hos TV,pelukis,pelawak dan sebagainya.
Kejayaan kerjaya seninya baru-baru ini: Dinobatkan sebagai Pengarah dan Lakon Layar Filem Terbaik Anugerah Skrin 2006.
-Merupakan bekas pelajar St John,Kuala Lumpur.
Pengalaman semasa bersekolah: Dia sering menjadi bahan usikan rakan pelajar.Namun tidak pula dirasakan satu penghinaan.
Luahan Afdlin Shauki mengenai zaman persekolahannya: “Semasa di sekolah saya selalu jadi bahan usikan mereka. Saya tak marah. Saya sedar siapa saya.Dengan tubuh badan dan latarbelakang dari orang susah, saya rasa terpencil”.
Namanya mula popular apabila: 3 Filem arahannya ‘meletup’ di pawagam seperti Buli, Buli Balik, Baik Punya Cilok.
Afdlin Shauki pernah muncul dalam: Filem Mimpi Moon,Soal Hati,Soalnya Siapa,Gerak khas The Movie 2 dan lain-lain.Selain itu, beliau pernah muncul sebagai interpreter dalam filem Hollywood-Anna and The King pada tahun 1999.
Status: Sudah berkahwin dengan isterinya, Maria Kristina Abdullah dan dikurniakan 2 anak perempuan,masing-masing berusia 7 dan 4 tahun.


Taufik SM: Untuk pengetahuan pengunjung blog ini, idola saya (Pemilik Blog) adalah Allahyarham Tan Sri P.Ramlee dan Afdlin Shauki !!!



0 comment(s) to... “Biodata & Perihal Afdlin Shauki”

0 comments: