Drama Bersiri Bawang Merah Bawang Putih Kuat Impaknya???

Posted Jumaat, Februari 09, 2007 by Lelaki Herba in Labels:


Untuk pengetahuan pengunjung blog ini,rata-rata stesen televisyen tempatan berbesar hati untuk menyajikan drama bersiri dari negara luar seperti Indonesia,Korea,Filipina,Mexico dan lain-lain. Drama-drama dari negara luar bukanlah calang-calang drama.Drama-darama ini mampu menarik jutaan penonton tidak kira usia,darjat atau pangkat dan sebagainya. Drama-drama tersebut seperti Drama Bersiri Bawang Merah Bawang Putih arahan Gulkhan dan Budi Widiatmoko yang berasal dari Indonesia. Tidak ketinggalan juga darama bersiri Rosalinda-Mexico yang mampu menarik ramai penonton suatu ketika dahulu. Tidak dapat dinafikan bahawa pengaruh drama bersiri cukup kuat kesannya lebih-lebih lagi dalam kalangan suri rumah. Persoalannya sekarang, kenapa drama bersiri dari luar negara lebih mampu menarik ramai penonton sehinggakan mereka yang terdiri daripada golongan pelajar atau suri rumah asyik menyebut-nyebut tentang drama bersiri dari luar negara. Mana silapnya? Di manakah kehebatan drama bersiri tempatan (Malaysia)? Di mana??? Contohilah Allahyarham Tan Sri P.ramlee. Kebanyakan filem atau cerita Allahyarham mampu diterima dan diminati oleh semua lapisan masyarakat pada masa dahulu hingga kini. P.ramlee pun orang melayu juga. Kenapa beliau begitu pandai mengolah filem atau cerita sehinggakan filem atau cerita Allahyarham masih lagi disiarkan di stesen televisyen tempatan walaupun Allahyarham telah meninggal dunia berpuluh-puluh tahun dahulu. Namun , karyanya masih lagi diminati. Kenapa? Kenapa? Jawablah wahai penghasil drama atau filem tempatan (Malaysia). Untuk pengetahuan pembaca sekalian, Drama Bersiri Bawang Merah Bawang Putih ditonton oleh 4 juta orang penonton . Drama ini mengandungi 108 episod untuk ditonton .

Drama ini juga telah habis disiarkan di TV3. Drama bersiri ini dibintangi oleh Revalina S. Temat Sebagai Bawang Putih (Dilahirkan pada tahun 1985), Nia Ramadhani,sebagai Bawang Merah (Dilahirkan pada tahun 1990), Dimaz Andrean sebagai Ferdi (Dilahirkan pada tahun 1985) dan lain-lain. Antara faktor-faktor drama bersiri ini begitu popular ialah drama ini menyelitkan kisah cinta,konflik,hasad dengki,elemen jahat dan baik,perebutan harta dan tidak ketinggalan juga faktor paras rupa pelakonnya seperti Ferdi yang kacak dan Alya yang ayu serta Siska yang cantik. Pada pendapat saya, kebanyakan drama bersiri dari Indonesia menggunakan kesemua faktor-faktor yang telah saya nyatakan di atas bagi memastikan bahawa drama bersiri itu ‘hidup’ dan mampu diterima oleh orang ramai. Namun begitu, drama bersiri tersebut tidak terlepas daripada dikecam hebat oleh ramai pihak. Hal ini dapat dibuktikan apabila ada sesetengah pihak menganggap bahawa Drama Bersiri Bawang Merah Bawang Putih berunsur tahyul dan tidak berfaedah untuk ditonton. Ada sesetengah pelakon drama tempatan (Malaysia) pula menganggap bahawa drama Bersiri Bawang Merah Bawang Putih berunsur tahyul dan artis tersebut mengaku bahawa dia tidak pernah langsung menonton drama tersebut. Pada pendapat saya, memang drama tersebut ada berunsur tahyul ,namun masyarakat kita pada hari ini pasti mampu membezakan antara baik dan buruk.

Taufik SM: Berharap agar drama atau filem tempatan (Malaysia) semakin berkualiti dan menghiburkan orang ramai dan bukannya drama atau filem yang membosankan penonton...


0 comment(s) to... “Drama Bersiri Bawang Merah Bawang Putih Kuat Impaknya???”

0 comments: