Imbas Kembali Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2006

Posted Jumaat, Februari 09, 2007 by Lelaki Herba in Labels:




Seperti yang dijangkakan, akhirnya sudah terjawab apabila Mawi terus mengungguli trofi Bintang Paling Popular bersempena anugerah tersebut. Sebelum malam anugerah tersebut, ramai yang menjangkakan bahawa artis yang bakal menjulang trofi tersebut ialah Fasha Sandha. Namun ,ada juga yang menyatakan bahawa Mawi masih mampu lagi bertahan. Hakikatnya, Mawi adalah pemenang trofi Bintang Paling Popular 2006. Penyanyi itu membawa pulang hadiah kereta Naza Sorento 2.5 (A) bernilai RM 133,232 tajaan Naza Kia Sdn Bhd dan rantai berlian kunzite sumbangan Habib Jewels bernilai RM 150,000.




Berikut adalah Senarai Pemenang Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2006:

Bintang Paling Popular: Mawi
Penyanyi Lelaki Popular: Mawi
Artis Berkumpulan/Duo Popular: Mawi dan jamal Abdillah
Pelakon Filem Wanita Popular: Fasha Sandha
Pelakon TV Wanita Popular: Fasha Sandha
Artis Komedi Lelaki Popular: Saiful Apek
Pelakon Filem Lelaki Popular: Saiful Apek
Pelakon TV Lelaki Popular: Rosyam Nor
Penyanyi Wanita Popular: Datuk Siti Nurhaliza
Penyanyi Nasyid Popular: Kumpulan Rabbani
Artis Komedi Wanita Popular: Sheila Rusly
Artis Baru Lelaki Popular: Faizal AF 4
Artis Baru Wanita Popular: Farahwahida
Pengacara TV Lelaki Popular: Aznil Nawawi
Pengacara TV Wanita Popular: Fara Fauzana
Penyampai Radio Lelaki Popular: Halim Othman
Penyampai Radio Wanita Popular: Linda Onn
Anugerah Khas Bintang Popular: Datuk Jamil Sulong
Anugerah Biduan Veteran: Jefrydin
Anugerah Seniwati Veteran: Datin Umi Kalthum

Taufik SM: Penulis dah agak dah pasti Mawi yang akan menang dalam kategori Bintang Paling Popular 2006...


0 comment(s) to... “Imbas Kembali Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2006”

0 comments: