Konsert Hot FM Big Jam! 2007

Posted Rabu, Februari 21, 2007 by Lelaki Herba in Labels:


Seperti yang telah diura-urakan di corong radio oleh stesen radio FM yang hangat pada masa kini iaitu Hot FM, stesen radio itu akan mengadakan konsert bagi meraikan ulang tahun stesen radio FM itu yang pertama. Jika pembaca masih ingat lagi akan iklan yang selalu didengari di corong Hot FM, konsert ini akan diadakan pada hari Sabtu bersamaan 24.2.2007. Seperti yang telah pembaca ketahui, konsert ini akan diadakan di Dataran Shah Alam bermula dari pukul 12 tengah hari hingga 12 tengah malam. Tetapi apa yang menariknya di sini ialah konsert ini adalah percuma. Sesuai dengan tema Stesen radio Hot FM ini ‘lebih hangat daripada biasa’ pihak Hot FM semestinya akan menjemput ramai artis terkenal dari dalam dan luar negara untuk menggamatkan suasana konsert itu nanti. Hal ini memang ‘kena’ dengan temanya yang sering diheboh-hebohkan si corong radio Hot FM. Pada pendapat saya, rancangan pihak Hot FM untuk mengadakan konsert ini bagi meraikan ulang tahun stesen radio FM itu yang pertama patut dipuji. Namun demikian, konsert ini haruslah ‘bersifat’ sederhana dan tidak mengkucar-kacirkan negara Malaysia ini yang terkenal dengan kemajuan yang kian pesat membangun dan keamanan yang berjaya ‘diciptakan’ oleh warga negara Malaysia itu sendiri. Penulis juga berharap agar konsert ini hanyalah untuk hiburan semata-mata dan tidak melibatkan perkara-perkara yang negatif seperti penyalahgunaan dadah dan seumpamanya. Moga-moga tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku sepanjang konsert itu berlangsung. Kita hanya mampu merancang tetapi Tuhan jua yang menentukannya. Berikut adalah senarai nama artis-artis yang bakal membuat persembahan bagi menghiburkan penonton:-

-Irwansyah
-Mawi
-Wings
-Sheila On 7
-VE
-Misha Omar
-Ella
-Ahli Fiqir
-Ruffedge
-Jaclyn Victor
-Popshuvit
-Dia Fadilla
-OAG
-Zahid
-Fiq (Mentor)
-Dina
-Sofaz
-Nitrus
-6IXTH SENSE
-Suki (OIAM)
-Alif (OIAM)
-Faizal (OIAM)
-Pretty Ugly
-Estranged
-Urban Method
-Farah
-Adam
-Gerhana Ska Cinta
-Farah Asyikin
-Nieyl
-The Fabulous Cats

Berikut adalah senarai frekuensi Hot FM bagi negeri-negeri di Malaysia:-

-Lembah Klang: 97.6 FM
-Pulau Pinang/Alor Star: 88.2 FM
-Kuantan: 92.4 FM
-Melaka: 104.3 FM
-Johor Bahru: 90.1 FM
-Kota Kinabalu: 87.7 FM
-Kuching: 94.3 FM
-Terengganu: 105.0 FM
-Ipoh: 104.5 FM

-Laman Web rasmi Hot FM: http://www.hotfm.com.my/

Taufik SM: Terhibur dengan celoteh dan gelagat Fara Fauzana (Fafau) dengan Faizal Bin Ismail (FBI) dalam Hot FM AM Krew di Hot FM dan 8TV!!!


0 comment(s) to... “Konsert Hot FM Big Jam! 2007”

0 comments: