Penonton Tempatan (Malaysia) Hanya Sukakan Filem Ringan Sahaja ???

Posted Jumaat, Februari 09, 2007 by Lelaki Herba in Labels:



Benarkah penonton tempatan (Malaysia) hanya sukakan filem ringan sahaja?? Itulah persoalannya!!! Ini dapat dibuktikan lagi ekoran sambutan yang hangat filem Nana Tanjung yang berjaya mengutip RM 2.3 juta sekali gus menjadi bukti bahawa benarlah dakwaan saya ini.Berbanding 2 lagi filem yang ditayangkan pada tahun lepas (2006), Bilut dan Diva Popular yang gagal ‘balik modal’ dan sebaliknya terpaksa menanggung kerugian. Filem Bilut meraih RM 500 ribu sedangkan kos pembikinannya melebihi RM 3 Juta.Begitu juga dengan Filem Diva Popular yang sekadar meraih RM 1.11 juta!!!

Apakah penonton tempatan tidak suka menonton filem epik,sejarah,tamadun manusia dan lebih seronok menonton filem ringan seperti Filem Cicak-man yang berjaya meraih kutipan sebanyak RM 5.2 Juta sepanjang tempoh tayangan filem tersebut.


Taufik SM: Penulis juga mengakui bahawa Filem Ringan juga ada faedahnya seperti dapat ‘release tension’ bagi penontonnya!!!


0 comment(s) to... “Penonton Tempatan (Malaysia) Hanya Sukakan Filem Ringan Sahaja ???”

0 comments: