Sinopsis Filem Sumolah

Posted Jumaat, Februari 09, 2007 by Lelaki Herba in Labels:



Sinopsis:

Filem arahan Afdlin Shauki ini mengisahkan Ramlee (Afdlin Shauki), budak Melayu yang selalu megecewakan ibunya kerana tidak pernah mempunyai pekerjaan tetap.Tanpa wang dan pekerjaan,secara kebetulan,dia menyertai cabaran pertandingan “makan sebanyak mana sushi dalam masa ditetapkan” anjuran pemilik restoran sushi milik Honda (Patrick Teoh). Ketika dalam keadaan sangat lapar dan tiada duit,dia menyertai pertandingan makan sushi sebanyak mungkin. Jika sushi itu tidak habis dimakan dalam tempoh ditetapkan, dia perlu membayar harganya. Malang sekali buat Ramlee,dia gagal menghabiskan sushi itu. Lalu untuk membayar balik makananitu,dia sanggup bekerja di restoran yang menganjurkan pertandingan itu. Sebagai balasan,Honda (Patrick Teoh) sebaliknya menawarkan Ramlee pekerjaan di restorannya untuk membayar baliksushi yang dimakannya. Sejak itu, Ramlee menjadi pekerja Sushi Boleh bersama Haris (Awie) dan Andy (Radhi Khalid).


Info Tambahan Mengenai filem ini :

Masa penggambaran: 65 hari di sekitar Lembah Klang dan 8 hari di Fukuoka,Jepun
Tempat-tempat yang terlibat: Di sekitar Lembah Klang dan di Fukuoka,Jepun.
-Filem Arahannya yang ke 5.
Cabaran mengarah filem ini: Dia cuba meletakkan diri saya sendiri (Afdlin Shauki) ke paras lebih atas untuk menjual filem ini ke luar negara. Selain itu, Afdlin Shauki juga mengakui bahawa pandangan masyarakat terhadap menilai filem tempatan amat berbeza sama sekali.Justeru, inilah cabaran yang terpaksa Afdlin Shauki lalui bagi mengarah filem ini.
Jenis-jenis elemen yang diselitkan: Komedi, percintaan, aksi dan lain-lain.
Bajet filem ini: RM 3.4 Juta.
Idea Sumolah asalnya datang daripada: Pasangan suami isteri dari Jepun yang bernama Michihiro dan Tomoko Kubota yang mencari Afdlin Shauki selepas menonton Filem Buli. Nokotta yang bemaksud ‘kalah menang belum ditentukan’ adalah skrip yang ‘original’ sebelum ia ditukar kepada Sumolah.
Barisan pelakon-pelakon: Afdlin Shauki, Radhi Khalid, Awie, Inthira Charoenpura, Patrick Teoh, Gurmit Singh, Chichi, Akihiko Watanabe, Kartina Aziz, Ben Tan, Terry Gallyot dan Gavin Yap.
Kata Afdlin Shauki mengenai filem ini: “ Topik sumo adalah sejagat dan apabila bercakap mengenai sumo, orang pasti ingat Jepun. Apabila orang Malaysia buat filem mengenai kebudayaan Jepun, tentu ada sesuatu yang menarik di sini”.

Taufik SM: Bangga dengan Afdlin Shauki kerana Filem Sumolah dapat ditayangkan di luar negara. Syabas!!!!!


0 comment(s) to... “Sinopsis Filem Sumolah”

0 comments: