Undertaker Mahu Cabar Batista? Bila? Dimana? Mengapa?...

Posted Sabtu, Februari 17, 2007 by Lelaki Herba in Labels:


Akhirnya persoalan mengenai kejuaraan yang bakal dicabar Undertaker,Si Deadman mendapat jawapannya apabila Si Deadman itu memilih untuk merampas gelaran heavyweight dunia yang dimiliki oleh Batista,The Animal pada acara Wrestlemania, 1 April depan. Dalam acara RAW, Isnin lalu,tiga juara- Batista, juara WWE,John Cena dan Juara ECW,Bob Lashley-tampil di tengah gelangggang menanti keputusan Undertaker mengenai siapa antara mereka yang dicabar oleh Si Deadman itu. Undertaker dibenarkan memilih kejuaraan yang akan dicabarnya selepas memenangi Royal Rumble, bulan yang lalu. Undertaker tidak mengambil masa yang lama untuk membuat keputusan apabila menuding ke arah Batista,The Animal sekali gus hasratnya sudah difahami oleh para ahli gusti yang terlibat. Keputusan Undertaker itu mendapat ‘support’ penonton ynag menjerit kegembiraan tanda mereka bersetuju akan hasrat Undertaker untuk mencabar Batista dalam kejuaraan Heavyweight dunia. Sorakan mereka tambah ‘extreme’ apabila Undertaker menyerang Batista dan melakukan ‘Chokeslam’ terhadap Batista. Chokeslam adalah ‘Finished Move’ yang popular bagi Undertaker. Setelah Undertaker melakukan ‘Chokeslam’ dia terus menghempas Batista ke lantai gelanggang.

Tidak berapa lama kemudian, tiga bintang WWE seperti Shawn Michaels,Edge serta Randy Orton tampil ke gelanggang dan mereka mempunyai agenda yang sama iaitu mencabar kejuaraan WWE yang dimiliki oleh John Cena. Ketika ketiga-tiga ahli gusti itu saling bertikam lidah menyatakan diri masing-masing lebih layak, pemilik WWE, Vince McMahon tampil dan memberi jalan penyelesaian. Vince McMahon memberi jalan penyelesaian apabila beliau mengadakan perlawanan tiga penjuru dan pemenangnya akan menentang John Cena. Dalam perlawanan itu, Shawn Michaels menang selepas dia melakukan ‘Sweet Chin Music’ ke atas Edge dan menindih Randy Orton untuk bergelar juara. ‘Sweet Chin Music’ ialah ‘Finished Move’ yang popular bagi Shawn Michaels. Pertemuan antara ‘Shawn Michaels-John Cena’ dan ‘Undertaker-Batista’ adalah dua pertandingan yang sudah diaturkan di Wrestlemania sehingga kini. Manakala perlawanan lain masih belum mendapat kata putus oleh pentadbir WWE. Sementara itu, peminat gusti boleh melihat kehebatan Undertaker, Si Deadman itu menjuarai Royal Rumble dengan membeli Vcd yang ‘original’ yang kini sudah berada di pasaran.


Taufik SM: Ingin sangat menonton perlawanan antara Undertaker dengan Batista kerana kedua-duanya hebat dan menghiburkan...


0 comment(s) to... “Undertaker Mahu Cabar Batista? Bila? Dimana? Mengapa?...”

0 comments: