Dua Pelajar AF5 Kekal walau...

Posted Ahad, Mac 18, 2007 by Lelaki Herba in Labels:





Nasib dan takdir nampaknya ternyata menyebelahi dua pelajar Akademi Fantasia 5 (AF5), Muhammad Nur Aswad Jafar (Aswad),27 tahun dan Nurul Fatin Yahya (Fatin),20 tahun apabila mereka dibenarkan meneruskan cita-cita dan perjuangan dalam AF5. Sebelum ini telah timbul percakapan atau perdebatan bahawa dua pelajar ini perlu disingkirkan kerana mereka tidak dapat mengikuti serta menjalani segala aktiviti selepas Aswad dan Fatin diberikan cuti sakit kerana demam campak dan penyakit kulit yang berjangkit sampaikan terpaksa dikuarantinkan dua minggu. Oleh sebab khuatir serta bimbang penyakit yang dihadapi memudaratkan orang lain, mereka tidak dibenarkan menunjukkan 'talent' pada malam konsert pertama AF5 malam semalam di Dewan Sivik, Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ). Penerbit Eksekutif AF5, Bob Azrai, berkata keputusan mengekalkan Aswad dan Fatin dibuat selepas pihak produksi tertentu menerima undian penonton AF5 itu yang mahu mereka dikekalkan. "Semasa rancangan Debat AF diadakan kelmarin, isu ini turut dibincangkan ahli panel seperti pengetua AF5 dan pengarah muzik AF5, Roslan Aziz bersama pengacara Zainal Alam Kadir bagi pihak pencadang dan dua tetamu jemputan wartawan akhbar Malay Mail, Joe Lee dan Harian Metro, Rudy Imran Shamsudin di pihak pembangkang. "Sepanjang isu ini diperkatakan kita membuka undian kepada penonton. Dalam erti kata lain biar keputusan dicapai dengan cara paling baik iaitu demokrasi dan 80% penonton rancangan AF5 memilih supaya kedua-dua mereka dikekalkan dalam AF5. "Pun begitu ia tidak bermakna kedudukan mereka selamat pada hari konsert pertama yang bakal melihat ada penyingkiran pelajar.



"Memperoleh sijil sakit selama 2 minggu bukan bererti mereka mempunyai imuniti. Sekiranya undian rendah diterima, Aswad dan Fatin tetap disingkirkan," ujarnya. Pada tahun ini produksi AF5 mengubah konsep pengkritik, tidak ada lagi juri jemputan sebaliknya ketiga-tiga mereka dipilih akan menduduki kerusi itu secara tetap setiap minggu. "Bagaimanapun kami tidak boleh mengumumkan siapakah mereka sehinggalah malam ini (hari Sabtu,17 Mac 2007). Ia dirahsiakan bagi mengelak pengaruh luar," ujarnya.


Nota: Aswad dan Fatin teruskan perjuangan selepas 2 minggu cuti sakit


Taufik SM: Walau apapun kejadian yang menimpa Aswad dan Fatin, penulis berharap agar mereka berdua dapat bertahan lebih lama dalam keluarga AF5. Penulis yakin bahawa untuk menjadi artis yang berkaliber dan profesional sebenarnya bukan mudah asalkan artis itu tidak mudah menyerah kalah dengan kehidupan sebagai artis dalam bidang seni dan hiburan tanah air yang penuh dengan dugaan dan cabaran ini...


0 comment(s) to... “Dua Pelajar AF5 Kekal walau...”

0 comments: