Filem Mukhsin Cetus Kontroversi!!!

Posted Sabtu, Mac 10, 2007 by Lelaki Herba in Labels:



Ulasan Tertunda:

Selepas menghasilkan Filem Rabun, Sepet, dan Gubra, karya pengarah berkaliber, Yasmin Ahmad sering mengundang kontroversi hingga ada menggelarnya pengarah mencemar budaya dan agama. Pada masa yang sama, Yasmin juga mempunyai keistimewaan tersendiri apabila filem arahannya mendapat pujian penonton dan mencatat kejayaan di festivel filem antarabangsa dan juga di Malaysia. Filem arahannya yang terbaru, Mukhsin yang kini sudah ditayangkan di pawagam seluruh negara mungkin sedikit sebanyak mampu mengubah situasi ini kerana penerbitnya, Grand Brilliance Sdn Bhd (GBSB) dari awal lagi mahu Yasmin mengahasilkan filem yang bebas dari sebarang kontroversi yang tidak diingini. Malah, Filem Mukhsin juga menjadi sasaran untuk GBSB mengatur langkah menyertai festival filem antarabangsa. Hasilnya Filem Mukhsin sudah mencatat kejayaan awal apabila menang Anugerah Filem Terbaik bagi kategori Generasi Baru dan juga tempat kedua bagi Anugerah Juri Kanak-kanak di Festival Filem Antarabangsa Berlin ke-57, 17 Februari lalu. Untuk pengetahuan pembaca, filem ini mengisahkan persahabatan antara dua kanak-kanak, Mukhsin,12 tahun dengan Orked, 10 tahun yang dijayakan oleh dua pelakon baru iaitu Mohd Shafie Naswip sebagai Mukhsin dan Sharifah Aryana Syed Zainal Rashid sebagai Orked terbukti dapat menambat juri dari luar negara. Bagaimana pula dengan nasibnya di Malaysia ini, sama-samalah kita menanti jawapannya.

Sedikit Info Tentang Filem Mukhsin:

-Kos pembikinan dan promosi: RM 1.5 juta
-Dibintangi oleh dua bintang utama bagi filem ini: Mohd Shafie Naswip sebagai Mukhsin dan Sharifah Aryana Syed Zainal Rashid sebagai Orked.
-Turut dibintangi oleh beberapa pelakon lain: Sharifah Aleya Syed Zainal Rashid sebagai Mak Inom, Adibah Noor (Kak Yam) dan ramai lagi...
-Filem ini adalah berdasarkan pengalaman pengarahnya sendiri iaitu Yasmin Ahmad.


Taufik SM: Apabila tonton sahaja Filem Mukhsin ini pasti penulis dapat agak siapa pengarahnya...


0 comment(s) to... “Filem Mukhsin Cetus Kontroversi!!!”

0 comments: