Kenapa tiba-tiba Ogy ceria....???

Posted Sabtu, Mac 31, 2007 by Lelaki Herba in Labels:


Untuk pengetahuan para pembaca sekalian, ketika Aznil Nawawi berchit_chat dengan Ebi (Pelajar AF5), yang menyampaikan lagu Milik Siapakah Gadis ini, nyanyian asal Sudirman Haji Arshad, dalam konsert pertama, pengacara ini sempat mengusik pengkritik tetap AF5, Fauziah Ahmad Daud (Ogy) dengan memori manis lagu yang penuh kenangan kepada pelakon ini. Ogy yang tersenyum ceria ketika Aznil Nawawi mengusiknya, khabarnya senang dengan apa yang dilakukannya kini. Termasuk sebagai hos rancangan TV, Ogy dan Saleh yang kini memasuki musim kedua. Ogy nekad untuk mahu terus memberi tumpuan dan fokus kepada lakonan dan kerjaya seninya. Mungkin juga nama Eman Manan sukar 'diluputkan' di dalam ingatannya. Jika tidak kenapa Ogy tersipu malu. Dan lebih menarik lagi lagu ini memang lagu kegemaran Ogy dan Eman Manan semasa sedang bercinta. Penulis rasa, saat manis seperti ini, memang sukar 'diluputkan'. Apatah lagi untuk dibuang jauh-jauh.


Taufik SM: Penulis blog ini berharap agar dengan ketegasan dan teguran 'pedas' daripada Ogy sebagai pengkritik tetap AF5 dapat melahirkan pelajar AF5 yang berbakat besar dan bukan sahaja popular semata-mata...


0 comment(s) to... “Kenapa tiba-tiba Ogy ceria....???”

0 comments: