Kontroversi Linda Onn...

Posted Sabtu, Mac 10, 2007 by Lelaki Herba in Labels:



Ulasan Tertunda:

Pada ulasan kali ini, saya ‘terpangggil’ untuk mengulas mengenai isu Linda Onn yang sering diura-urakan oleh para Blogger popular di malaysia,media cetak seperti Akhbar tabloid, akhbar utama Malaysia, di internet dan sebagainya. Cerita dan alkisah yang saya akan ceritakan ialah megenai ketiadaan Linda Onn mengendalikan program terbitan Star Movies, Red Carpet With Dom & Linda di majlis Anugerah Academy ke-79 pada 26 Februari lalu terus dirumuskan/diperkatakan walaupun Linda Onn sudah pun pulang ke Malaysia,beberapa hari yang lalu. Keberangkatan Linda ke Los Angeles pada 22 Februari lalu mendapat liputan besar-besaran oleh para wartawan hiburan termasuklah juga para Blogger popular tempatan. Linda juga mengakui serta menyifatkan bahawa tugasan itu sebagai lambang kejayaan peribadinya selepas sedekad menjadi penyampai radio. Sampailah keinginannya untuk bekerja dengan produksi luar negara atau antarabangsa. Dalam keadaan Linda yang cukup gembira, beliau akan memakai busana yang indah rekaan Jovian Mandagie yang berkonsepkan Timur dan Barat dengan kolar ala kebaya dipadankan lagi dengan gaun kembang. Namun demikian, impian dan keinginannya itu tidak kesampaian apabila pihak Star Movies menyarankan Linda supaya memakai kebaya rekaan Radzwan Radzwill pada saat-saat akhir. Linda tidak mahu memakainya dengan alasan baju itu terlalu seksi dan Linda sanggup menarik diri kerana Linda masih lagi berpegang teguh dengan prinsip dirinya itu. Nampak gayanya, Star Movies tidak rugi apa-apa kerana program itu tetap juga “success” walaupun VJ Channel V, Dominic Lau muncul secara solo. Kini timbul pula cerita yang kononnya Linda tidak mampu memberikan komitmen sebagaimana yang diharapkan Star Movies.


Lantaran itu, Penyampai radio Era,Linda Onn, diberi cuti selama seminggu daripada melakukan tugasannya di konti Era FM itu mulai Isnin lalu. Hal yang demikian kerana, untuk menenangkan fikiran daripada segala tekanan yang menghantui dirinya. Selain itu, dapatlah juga Linda berehat buat seketika. Untuk pengetahuan pembaca sekalian, arahan itu diberikan pihak pengurusan Era FM Isnin lalu sejurus Linda Onn memulakan tugasnya sebagai DJ Era FM pada jam 4.00 petang. Walaubagaimanapun, selepas 20 minit ‘on-air’ di Era FM, beliau diminta pulang lalu diberi ‘holiday’ atas alasan dirinya penat. Linda juga mengakui bahawa dia sedang bercuti apabila majikannya memberi cuti bergaji selama seminggu tetapi enggan memberitahu sebab beliau diberikan cuti tersebut. Apabila diminta mengulas mengenai alasan penat yang diberikan majikan, Linda berkata, beliau tidak mempunyai masalah untuk kembali bertugas di konti Era FM selepas pulang dari Los Angeles,Amerika Syarikat, beberapa hari yang lalu.

Taufik SM: Tidak semestinya apa yang kita impikan itu menjadi suatu kenyataan kecuali dengan izin yang Maha Kuasa.


0 comment(s) to... “Kontroversi Linda Onn...”

0 comments: