Lagu Melayu... Lagu Jamban???

Posted Selasa, Mac 13, 2007 by Lelaki Herba in Labels:






Apabila pembaca blog ini membaca tajuk ulasan saya pada kali ini pasti ramai yang terkejut dan tertanya-tanya kenapa penulis berkata sedemikian. Penulis blog ini bukan apa, Cuma berasa sedikit terkilan dan menyampah dengan lagu baru yang semakin popular dan semakin diputarkan di corong radio tempatan. Lagu ini adalah nyanyian sebuah kumpulan baru bimbingan Cat Ruffedge. Jika tidak beritahu judul lagu pun pasti pembaca sekalian sudah dapat agak bukan? Lagunya bertajuk ‘Papa Jahat’. Setiap kali kedengaran lagu ini di corong radio pasti penulis akan cuba menghayati lagu ini dan mencari apakah punca-puncanya dan mengapa lagu ini menimbulkan pelbagai kontroversi di akhbar tempatan & stesen televisyen tempatan. Jawapannya ialah pada lirik lagu ini. Lagu ini memang rancak dan menghiburkan bagi penulis sendiri. Namun begitu, lirik lagunya telah membuatkan penulis berubah selera. Penulis blog ini berani menyatakan bahawa lagu ini adalah lagu ‘Jamban’ yang akan memberikan impak yang negatif kepada pendengarnya terutama bagi golongan kanak-kanak yang masih mentah dan mudah terpengaruh dengan ajaran artis kita yang tidak bermoral. Penulis blog ini juga tidak peduli kalau artis atau orang yang terbabit menyatakan bahawa penulis ini terlalu emosional dan bermulut celupar kerana lagu itu mengajar orang membenci bapa @ papa. Bukankah bapa adalah orang yang banyak berjasa dan perlu dihormati. Kalau hendak cipta lagu pun, kajilah masak-masak dulu tajuk lagunya. Selepas itu, barulah boleh diputarkan di corong radio dan dipasarkan di seluruh Malaysia. Kalau macam inilah lagu tempatan (Malaysia), lebih baik pendengar dan peminat di Malaysia ini menyokong dan meminati lagu dari seberang (Indonesia). Lagu Indonesia lebih menghiburkan dan lirik lagunya tidaklah memberikan kesan negatif yang ketara kepada pendengarnya. Pada pendapat penulis blog ini, artis yang terbabit dengan situasi ini sengaja membuat kontroversi agar lagu mereka ‘meletup’ dan lebih popular berbanding dengan lagu dari Indonesia. Kalau iapun, janganlah sampai merosakkan moral pendengar lagu semata-mata ingin melihat lagu ciptaan mereka ‘meletup’ di pasaran Malaysia. Tidak cukup dengan itu, beberapa minggu yang lepas, lagu ini turut dikatakan mempunyai unsur-unsur lucah dalam lirik lagunya. Kalau tidak percaya, Melodi TV3 pun pergi terjah dan ingin mendapatkan kepastian akan situasi ini daripada Cat Ruffedge, sifu kepada sebuah kumpulan baru. Apabila ditanya, Cat Ruffedge memberikan alasan bahawa lagu tersebut tidaklah ketara dengan unsur-unsur lucah jika hendak dibandingkan dengan muzik luar seperti muzik barat. Untuk pengetahuan pembaca sekalian, orang barat memang terkenal dengan perilaku lucah sehingga dimuatkan perilaku mereka itu dalam lagu mereka. Antara lagu-lagu yang dapat dikaitkan dengan situasi ini ialah lagu My Humps nyanyian The Black Eyed Peas. Namun begitu, selucah-lucah mereka pun, mereka lebih maju daripada kita. Buktinya, kita masih jauh ketinggalan dari segi kemodenan teknologi, kepakaran, kekuatan tentera, pengaruh dan sebagainya berbanding dengan orang barat. Janganlah kita meniru budaya orang barat. Kita sebagai orang timur perlulah mengakuinya.

Para pembaca sekalian, renunglah sejenak dan kembalilah ke pangkal jalan. Penulis berpesan kepada diri penulis dan pembaca sekalian agar tidak terikut-ikut dengan budaya barat. Walaupun mereka tidak boleh menjajah negara kita namun mereka boleh menjajah kita dengan lagu yang tidak bermoral, melalui pemikiran kita dan sebagainya.

Taufik SM: Jangan menyatakan bahawa penulis menyalahgunakan kemudahan untuk memblog kerana bukan penulis sahaja yang berkata sedemikian, wartawan hiburan bagi akhbar tempatan pun berkata sedemikian. Sekali lagi penulis ingin tegaskan bahawa lagu ‘Papa Jahat’ memang layak digelar ‘Lagu Jamban’ dan akan memberikan kesan negatif kepada pendengarnya walaupun penulis juga mengakui bahawa rentak lagu ini memang menghiburkan namun lirik lagu inilah yang mengubah selera penulis. Renung-renungkan dan selamat beramal ...


1 comment(s) to... “Lagu Melayu... Lagu Jamban???”

1 comments:

FAT-LEE 576 berkata...

kalo nak lagu papa jahat... klik link
nih --> http://fatlee.blogspot.com/2007/03/fabulous-cats-papa-jahat.html
lirik, ulasan, pendapat serta link download ade kat situ!!!jom usha wehhh!!!!