Persoalan Tentang Seorang Pelajar AF5...

Posted Sabtu, Mac 31, 2007 by Lelaki Herba in Labels:


Mohd Ramadan Ismail, bapa kepada bekas pelajar Akademi Fantasia musim ke-5, Afiq atau Mohd Shafiq, pelajar kedua yang tersingkir pada malam konsert kedua selepas Diya, pelajar pertama yang tersingkir daripada AF5 pada konsert yang pertama beberapa minggu lalu, tidak menolak paparan kemesraan Afiq dengan Mila menerusi Diari AF5 punca anaknya (Afiq) mendapat undian paling rendah berbanding dengan para pelajar yang lain. Mohd Ramadan yang kelihatan tenang serta 'cool' sewaktu ditemui selepas konsert AF5 tersebut yang berlangsung di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada 24 Mac 2007 lalu mengakui, paparan diari Afiq yang sedang memujuk Mila sedang menangis memberi kesan pada dirinya. "Ramai gadis remaja yang mengundi pelajar kesayangan mereka. Dan apabila mereka lihat aksi Afiq, pelajar kesayangan mereka, sudah berteman, secara tidak langsung mereka (Pengundi AF5) kecewa. Dan itu mungkin penyebab atau faktor kenapa mereka tidak mahu menghantar SMS lagi,"katanya terus terang dan tidak menyangka dengan penyingkiran Afiq dari AF5. Dalam pada itu, pengetua AF5, Roslan Aziz turut tidak menyangka dan terkejut dengan penyingkiran Afiq yang dianggap seorang pelajar yang berbakat besar, rajin dan berdisiplin sepanjang berada di AF5. "Walaupun saya lihat Afiq konsisten ketika membawa lagu Bisa Bonar sehingga mendapat pujian daripada para pengkritik tetap AF5, namun keputusan SMS penentu segalanya. Dia akhirnya kecundang gara-gara mendapat undian paling rendah," kata Roslan Aziz sewaktu ditemui di kawasan tertentu.


Taufik SM: Kepada semua pelajar AF5 yang masih kekal di AF5, tolonglah jaga hati dan selera pengundi yang kebanyakannya terdiri daripada golongan gadis remaja bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini daripada berlaku...


0 comment(s) to... “Persoalan Tentang Seorang Pelajar AF5...”

0 comments: