Roslan Aziz Akhirnya...

Posted Sabtu, Mac 10, 2007 by Lelaki Herba in Labels:



Teka-teki dan persoalan mengenai siapa yang bakal menjadi pengetua Akademi Fantasia Musim Kelima (AF5) sudah terjawab apabila pihak Astro sudah menemui calon yang berkaliber dan tepat untuk memegang jawatan yang tertinggi dalam carta organisasi program realiti TV yang berbentuk hiburan serta popular itu. Roslan Aziz ialah penerbit album,komposer, jurutera bunyi dan penyusun muzik. Selain menjadi pengetua AF5, beliau juga memegang jawatan sebagai pengarah muzik bagi program realiti TV yang berbentuk hiburan serta popular itu. Pengumuman pelantikan Roslan Aziz bagi kedua-dua jawatan ini bersama barisan tenaga pengajar AF5 yang lain telah diumumkan dalam sidang media pada pukul 2.30 petang bersamaan 8 Mac 2007. Untuk pengetahuan pembaca sekalian,pemilihan Roslan Aziz sebagai Pengetua dan Pengarah Muzik AF5 adalah pengalaman serta kredibiliti beliau dalam industri muzik tempatan selama bertahun-tahun lamanya. Namun begitu, Roslan Aziz masih tidak memberi sebarang reaksi dan pengesahan apabila ditanya mengenai statusnya di Akademi Fantasia ke-5. Walaubagaimanapun, akhirnya beliau memberikan jawapan bahawa beliau kini sudah pun memegang jawatan sebagai pengetua dan pengarah muzik di Akademi Fantasia kelima. Pemilihan ini ternyata mencetuskan satu sejarah dalam Akademi Fantasia selama lima musim program realiti TV yang berbentuk hiburan serta popular itu ditubuhkan. Secara realitinya, belum pernah wujud situasi pengetua memegang satu lagi jawatan yang sama penting dalam program realiti TV yang berbentuk hiburan serta popular itu. Pengetua sebelum ini ialah Freddie Fernandez, Ramli MS, M. Nasir dan Ramli Sarip. Untuk pengetahuan pembaca sekalian, majlis pengumuman secara rasmi pelantikan Roslan Aziz dan barisan tenaga pengajar AF musim kelima yang lain itu diadakan di Hotel JW Marriott, kelmarin.


Antara yang hadir sama ialah Pengarah Eksekutif Astro Entertainment Sdn Bhd, Zainur Aminullah, Pengurus Besar Komunikasi Pemasaran Maxis, Rozalila Abdul Rahman dan pengurus Saluran Astro Ria, Khairul Mizan Shagul. Berikut adalah senarai tenaga pengajar AF5:

-Roslan Aziz: Pengetua dan Pengarah Muzik AF5
-Adnan Abu Hassan: Guru Vokal Persembahan
-Syafizawati Sharif :(Vokal Teknikal)
-Linda Jasmine: (Koreografi)
-Fatimah Abu Bakar: (Persembahan Pentas)
-Dr. Azahari Othman: (Perunding Motivasi)
-Jasmi Rejab: (Perunding Fesyen)
-Khairul Najmi ( Bahasa Inggeris)

Sementara itu, Aznil Nawawi masih kekal sebagai pengacara AF5.


Taufik SM: Tahniah penulis blog ini ucapkan buat penggiat seni muzik tempatan kita (Roslan Aziz) atas pelantikan beliau sebagai pengetua dan pengarah muzik AF5. ‘Welcome’ Roslan Aziz ke dunia AF5 yang penuh dengan pancaroba itu...


0 comment(s) to... “Roslan Aziz Akhirnya...”

0 comments: