Tiada Pengenalan kepada...... AF5 makin matang!!!!

Posted Selasa, Mac 13, 2007 by Lelaki Herba in Labels:




Tidak seperti yang sebelumnya, Akademi Fantasia (AF5) sudah semakin matang dan semakin berisi daripada glamor kosong serta program ini nampaknya semakin bagus tanpa diganggu gimik yang berlebihan. Sebagai buktinya, pihak pengurusan Akademi Fantasia sudah tidak lagi memperkenalkan para pelajarnya kepada sidang media. Hal ini kerana bagi mengelakkan mereka daripada terus berangan-angan menjadi bintang padahal mereka baru sahaja menyertai AF5. Pada pendapat penulis, jika para pelajar AF5 ini diperkenalkan kepada wartawan hiburan maka boleh menyebabkan mereka mudah ‘naik lemak’ dan mereka akan mudah ‘lemas’ dengan perhatian dan publisiti.

Para pelajar AF5 pada tahun ini mempunyai 16 peserta. Mereka terdiri daripada lapan lelaki dan lapan perempuan. Berikut adalah senarai nama para pelajar Akademi Fantasia (AF5) pada tahun ini:

Peserta wanita
-Candy,18 tahun –Sabah
-Dekna,19 tahun-Pulau Pinang
-Diya,21 tahun-Pulau Pinang
-Fatin,20 tahun-Johor Bahru
-Heliza,21 tahun-Kuala Terengganu,Terengganu
-Mila,19 tahun-Pulau Pinang
-Noni,18 tahun-Kota Kinabalu,Sabah
-Wan Nurul Zhana,23 tahun-Kuala Lumpur

Peserta Lelaki
-Afiq,21 tahun-Putrajaya
-Aizat,18 tahun –Kuala Lumpur
-Aswad,27 tahun-Pulau Pinang
-Dafi,19 tahun-Petaling Jaya, Selangor
-Ebi,23 tahun-Kota Kinabalu,Sabah
-Farha,22 tahun- Kota Kinabalu,Sabah
-Hasfarizal Ayub,19 tahun-Kuching,Sarawak
-Mohd Shawal,23 tahun-Kuala Lumpur



Nota: Jika inginkan gambar, biodata penuh dan sebagainya tentang AF5, kunjungilah http://www.akademifantasia.net/


Sedikit info tentang Akademi Fantasia (AF5) pada tahun ini:

-Liputan Diari Akademi Fantasia akan disiarkan selama 1 jam 6 kali seminggu (Ahad-Jumaat ), bermula 12 Mac ini, pada pukul 9 malam.
-Konsert mingguan AF: pada setiap Sabtu, di Dewan Sivik, Majlis Perbandaran Petaling Jaya (DSMPPJ), pada pukul 8.30 malam mulai 17 Mac ini.
-Imbasan Akademi Fantasia sudah tidak diterbitkan lagi pada musim ini.

Taufik SM: Penulis berharap agar Akademi Fantasia (AF5) pada tahun ini lebih matang dan menghiburkan berbanding dengan tahun lepas...


0 comment(s) to... “Tiada Pengenalan kepada...... AF5 makin matang!!!!”

0 comments: