AF5 Terlalu Hijau ???

Posted Isnin, April 16, 2007 by Lelaki Herba in Labels:
SELEPAS menerima pujian minggu lalu, persembahan baki 10 pelajar Akademi Fantasia musim kelima (AF5) kembali suram di konsert minggu kelima yang berlangsung di Dewan Sivik Majlis Bandaran Petaling Jaya (MBPJ), kelmarin.

Rata-rata pengkritik iaitu penyanyi dan guru vokal, Syafinaz Selamat menggantikan tempat Fauziah Latiff, Hattan dan Fauziah Datuk Ahmad Daud atau Ogy banyak membuat teguran membabitkan masalah vokal dan penghayatan terhadap persembahan mereka.Perkara yang diketengahkan pengkritik terbabit tidak seharusnya berlaku memandangkan pelajar sudah lima minggu berada dalam akademi dan tinggal lima minggu lagi untuk berhadapan dengan konsert akhir.Walaupun hanya tinggal berempat, pelajar wanita terdiri daripada Aryana Najwa Ahmad (Dekna), 19; Candra Clement (Candy), 18; Norsyarmilla Jirin (Mila), 19 dan Nur Heliza Helmi, (Heliza) 21 dilihat lebih menonjol dari sudut kekuatan vokal berbanding pelajar lelaki.Seperti musim terdahulu ternyata kuasa pengundi wanita jauh lebih kuat apabila semua baki pelajar lelaki iaitu Gadaffi Ismail Sabri (Dafi), 19; Hasfarizal Ayub (Rizal), 19; Ebi Kornelis @ Firdaus Yamal (Ebi), 23; Mohd Shawal Ruslan (Shawal), 23, Muhammad Aizat Amdan (Aizat), 18 dan Muhammad Nur Aswad Jafar (Aswad), 27 kekal.Sementara Dekna yang menerima pujian pengkritik sewaktu mendendangkan lagu Unfaithful dendangan asal Raihanna disingkirkan kerana menerima undian paling rendah.Sebelum itu ketiga-tiga pengkritik memuji vokal dimiliki Dekna dengan berkata peserta berasal dari Pulau Pinang itu mempunyai nada suara cukup menarik dan sekiranya diasah dia mampu pergi jauh.


Malam itu bagaimanapun Dekna ditegur gagal memberikan persembahan memberangsangkan dan melepaskan peluangnya untuk memberikan kejutan kepada peminat setia AF5.Namun ia jauh lebih baik berbanding persembahan pelajar lelaki yang ada antaranya gagal mengingati lirik. Tidak mempunyai nada suara untuk bergelar penyanyi dan persembahan dilakukan tidak konsisten dengan gagal menguasai pentas.Syafinaz berpendapat, peserta AF5 tahun ini mempunyai kelebihan dari sudut rupa tetapi tidak vokal. Malah katanya sewaktu ditemui sebaik konsert tamat, ada antara pelajar yang langsung tidak tahu kemampuan nada suara sendiri.“Terus-terang saya katakan semua pelajar yang dibariskan di pentas AF5 memang ada rupa tetapi masalahnya ini pertandingan nyanyian. Rupa saja tidak cukup. Saya tidak tahu mengapa ini berlaku, ibaratnya kita seperti ketandusan bakat baru.“Saya percaya masalah ini bukan saja berlaku di Malaysia tetapi juga di negara luar. Lihat saja apa jadi dengan rancangan realiti TV popular American Idol. Bakat yang ditampilkan untuk musim baru ini tidak sehebat peserta pada musim sebelumnya. “Secara peribadi, saya berasakan adalah baik rancangan realiti tv pencarian bakat ini dihentikan buat sementara waktu. Lagipun di Malaysia sendiri terlalu banyak rancangan realiti sedangkan bakat yang dicari tidak ada.“Pertandingan nyanyian sepatutnya ada penanda aras, namun apa yang dapat kita lihat kebanyakan peserta malam ini terlalu hijau dan sedang mencari tapak. “Mereka ada suara tetapi itu tidak cukup untuk menjadi penyanyi yang baik. Tidak keterlaluan jika saya katakan ada antara pelajar tidak mengenali bunyi yang keluar dari mulut sendiri.“Kemampuan dalam mempelbagaikan nada suara juga amat terhad dan untuk memperbaikinya mengambil masa cukup panjang. Namun para pelajar terbabit hanya diberikan masa tiga bulan sebelum program berakhir dan ia tidak cukup,” katanya. Corak persembahan ditampilkan beberapa peserta turut menerima kritikan, terutama Heliza yang terlalu memberikan tumpuan pada lakonan drama ala klip video sehingga melupakan penonton.Syawal pula dikatakan terlalu memberikan tumpuan kepada corak persembahan, tetapi tidak vokal menyebabkan kemampuan sebenar tidak dapat dinilai penonton.


Ada beberapa pelajar turut ditegur kerana persembahan diberikan ketinggalan zaman seperti menjayakan rancangan Hiburan Minggu Ini dan Mekar Sejambak.Aswad pula terus hilang tumpuan sebaik saja memulakan persembahan dan terlupa lirik. Mendendangkan lagu Inggeris, 60’s TV, dia kelihatan tidak selesa sepanjang di atas pentas dan sebutan liriknya turut ditegur kerana pengkritik langsung tidak memahami apa yang ingin disampaikannya.Dafi cuba bangkit dengan memberikan persembahan terbaik selepas dikritik hebat di konsert yang berlangsung dua minggu lalu apabila menyanyikan lagu popular 60-an, Bibir Mesra Jiwa Parah, tetapi seperti biasa pengkritik masih mempertikaikan kemampuan vokalnya yang dianggap lemah. Sementara persembahan Aizat mendendangkan Itu Kamu tidak konsisten walaupun dia diberi keistimewaan apabila berpeluang menyanyikan bersama anggota kumpulan Estrange yang juga penyanyi asal lagu itu.Penghayatan Rizal mendendangkan lagu Pada Syurga di Wajahmu tidak wujud sekali gus mencacatkan persembahannya dan dia turut ditegur Syafinaz kerana tidak mengawal intonasi vokal dengan baik dan Ebi pula kurang penghayatan menyebabkan lagu Layu Sebelum Berkembang dendangan asal Mendiang Broery Marantika nyanyiannya tidak sampai kepada penonton.

Taufik SM: Walauapapun, jangan lupa AFUNDI ye pelajar-pelajar pilihan anda !!!

0 comment(s) to... “AF5 Terlalu Hijau ???”