All About The Spider-Man 3 Film !!!

Posted Sabtu, April 28, 2007 by Lelaki Herba in Labels:



Sila klik link 'Download untuk lajukan video' di bawah ini untuk melajukan video youtube Spider-Man 3 ini...

Software ini hendaklah didownload terlebih dahulu sebelum menggunakannya untuk melajukan video youtube Spider-Man 3 ini...


Download untuk lajukan video


Ulasan:

“Spiderman” datang lagi! Apa lagi tugasnya kalau bukan melindungi nyawa masyarakat yang terancam? Pada masa yang sama, beliau juga terpaksa menghapuskan kelompok² manusia bertopeng syaitan yang gilakan kuasa & cuba mentadbir dunia mengikut selera hati masing².
Namun dalam sekuel terbaru ni, konteks & jalan ceritanya nyata sekali kontra & berbeza. Difahamkan, kewujudan musuh² yang berbeza identiti ni dipercayai berkonfrontasi dengan Spider-Man atas sebab dendam. Kalau meneliti balik jalan ceritanya pada siri yang pertama, ia cenderung ke arah hasrat jahat Norman Osborn/Green Goblin yang gagal mendapatkan kontrak ketenteraan. Manakala dalam sekuel kedua pula, ia berkisar tentang Dr. Otto Octavius/Doctor Octopus yang gagal melaksanakan formula ciptaannya & bertukar menjadi kejam se-mata² nak juga membuktikan kebijaksanaannya.


Nampaknya tugas Peter Parker sebagai Spider-Man makin bertambah berat. Kali ni, beliau terpaksa berdepan dengan tiga orang musuh sekali gus di mana setiap satunya mempunyai kekuatan yang berbeza. Dalam sekuel yang di-nanti²kan ni, watak² jahat tersebut dikenali sebagai New Goblin, Venom & The Sandman. Dalam pada tu, Peter juga terpaksa bertarung dengan diri sendiri bila watak baru bernama Gwen Stacy diwujudkan untuk tampil menguji kesetiaan cintanya pada Mary Jane Watson. Manakala hubungannya dengan M.J pula bertambah buruk akibat pengaruh Symbiote.


Banyak pendapat & spekulasi menyatakan, “Spider-Man 3” merupakan filem terakhir adaptasi komik yang diarahkan oleh Sam Raimi. Namun, ada juga yang berpendapat, ia akan terus bersambung kerana skop & jalan cerita pada komiknya masih banyak lagi yang belum diterokai. Perdebatan demi perdebatan diadakan antara orang ramai bagi memastikan sama ada filem adaptasi ni akan diteruskan @ berakhir setakat ni je. Memetik kata² penerbit Marvel iaitu Kevin Feige, beliau mengharapkan supaya filem ni diteruskan kerana terdapat lagi banyak cerita yang belum dipaparkan.

Taufik SM: Tontonlah Filem Spider-Man 3 di pawagam di seluruh Malaysia pada 1.5.2007 nanti...



0 comment(s) to... “All About The Spider-Man 3 Film !!!”