Dekna AF5 ada 2 pilihan ???

Posted Sabtu, April 14, 2007 by Lelaki Herba in Labels:



BENARKAH pelajar Akademi Fantasia musim kelima (AF5), Aryana Najwa Ahmad atau Dekna, 19, sudah bertunang seperti yang sedang hangat diperkatakan menerusi laman bual bicara @15?

Dekna dikatakan sudah bertunang dengan pegawai polis namun sehingga kini pengesahan mengenainya masih belum diperoleh.Kelmarin, Taufik SM sempat menonton diari AF5 yang disiarkan setiap hari (kecuali Sabtu). Terkejut juga saya apabila seorang pelajar AF5, Rizal, memberitahu salah seorang penjaga mereka yang Dekna ada membuat pengakuan terbuka mengatakan dia suka kepadanya.Menerusi paparan disiarkan, pelajar dari Kuching, Sarawak itu mengatakan ada perkara yang menghalang Dekna untuk meneruskan niatnya menjalin hubungan cinta dengannya.Saya yang menonton terus membuat spekulasi benarlah gosip hangat itu dan tunangnya menjadi penghalang Dekna meluahkan kepada Rizal apa yang terbuku di hatinya.


Malah saya sendiri percaya penonton setia AF5 turut membuat andaian sama selepas mendengar perbualan Rizal bersama penjaganya walaupun ia agak samar. Tidak kurang ada yang memberikan komen bahawa Dekna begitu berani membuat pengakuan begitu kepada Rizal sekiranya dia sudah bertunang. Apa pula pandangan tunangannya dan ahli keluarga?Pada saya inilah harga sebuah realiti TV. Andai tidak jaga peribadi ia pasti memakan diri. Hendak salahkan pihak produksi yang sengaja mahu mengetengahkan perkara yang panas tidak boleh juga kerana pastinya cerita begini akan menarik perhatian umum sekali gus memberikan kelebihan pada rancangan AF5 yang paling popular di Malaysia itu !!!!

Taufik SM: Kesian dengan Dafi AF5 yang dituduh sebagai lelaki lembut dan bersuara itik !!!!


0 comment(s) to... “Dekna AF5 ada 2 pilihan ???”