Senarai & ulasan tentang filem yang bakal ditayangkan...

Posted Isnin, April 02, 2007 by Lelaki Herba in Labels:









Filem akan datang....

-Filem: Death Water
-Tarikh Tayangan: 5 April 2007
-Genre: Seram
-Pengarah: Kiyoshi Yamamoto
-Pelakon: Haruka Igawa, Masaki Irieo, Atsuro Watabe & Nanase Hoshii

Ulasan:

Filem ini mengisahkan wartawan bernama Kyoko Togakure yang berkunjung ke rumah penjagaan orang tua di Tokyo. Kunjungan untuk mencari punca sebenar kematian misteri seorang warga tua di rumah tersebut. Dalam pencariannya, Kyoko menemui seorang lelaki pelik yang menunjukkan secebis kertas tertulis ‘Death Water’. Sejak itu, pelbagai kejadian pelik & aneh menimpa Kyoko. Kyoko hilang punca dan tidak tahu bagaimana hendak menyelamatkan dirinya.Gangguan misteri dilalui menyebabkan dia sangat tertekan. Untuk menonton dan ingin mengetahui lebih lanjut tentang filem ini, anda perlulah menontonnya di pawagam berdekatan dengan anda. Selain itu, anda juga boleh melayari laman web http://www.gsc.com.my/ untuk maklumat lanjut...


-Filem: Teenage Mutant Ninja Turtles
-Tarikh Tayangan: 5April 2007
-Genre: Animasi & Aksi
-Pengarah: Kevin Munroe
-Pelakon: Chris Evans, Patrick Stewart, Ziyi Zhang, Quinton Flynn & Sarah Michelle Gellar

Ulasan:

Para peminat kartun Ninja Turtles pasti tertunggu-tunggu kemunculan filem animasi ‘super hero’ kura-kura yang menyelamatkan dunia. Dalam filem ini, 3 hero hebat iaitu Michelangelo, Donatello & Raphael berdepan ancaman besar. Mereka bersatu dan berganding bahu menyelamatkan kota New York daripada musuh yang sentiasa mencari peluang. Keadaan itu menimbulkan kebimbangan pada Master Splinter, seekor tikus. Nantikan aksi hebat dan menggemparkan Michelangelo, Donatello & Raphael menyelamatkan dunia. Untuk menonton dan ingin mengetahui lebih lanjut tentang filem ini, anda perlulah menontonnya di pawagam berdekatan dengan anda. Selain itu, anda juga boleh melayari laman web http://www.gsc.com.my/ untuk maklumat lanjut...





-Filem: Jangan Pandang Belakang
-Pengarah: Ahmad Idham
-Pelakon: Pierre Andre, Intan Ladyana, Khatijah Tan, Ruminah Sidek (Mak Mah), Rio Elani & Jalaluddin Hassan
-Terbitan: Metrowealth Movies Production Sdn Bhd (MMP)
-Genre: Seram
-Tayangan: 5 April 2007

Ulasan:

Filem Jangan Pandang Belakang ialah filem seram yang mengisahkan pemuda bernama Darma yang sukar menerima kematian mengejut tunangnya, Rose. Hal yang demikian kerana, Rose dikatakan meninggal dunia kerana membunuh diri. Ia menimbulkan tanda tanya pada Darma. Oleh itu, Darma bertekad menyelidik punca sebenar kematian Rose. Mengikut rakaman peti suara terakhir Rose ke Telefon bimbit adik kembarnya, Seri, dia (Rose) memberitahu dia dalam ketakutan kerana ada bayangan misteri yang sentiasa mengganggunya. Darma & Seri bertindak menyelidik di rumah Rose. Mereka menemui satu labu air lama diikat dengan kain kuning. Darma merasa curiga dan membawa labu air itu balik ke rumahnya. Sejak itu, kehidupan Darma berubah kerana dia sering diekori sesuatu. Melihatkan dirinya semakin tidak terurus, Darama mengambil keputusan untuk balik ke kampung untuk berubat. Sepanjang perjalanan, Darma diekori makhluk halus itu.


Keadaan semakin serius apabila Darma dan neneknya turut menjadi mangsa rasuk. Justeru, mak lang Darma mengesyaki kejadian yang dialami ibu dan anak saudaranya itu disebabkan saka peninggalan keluarga mereka. Terbukalah kisah bahawa saka kepunyaan keluarga Darma sudah lama dibuang dan tidak pasti mengapa ia bebas semula. Terus-terang penulis blog ini katakan bahawa bagi penonton yang penakut pasti mereka tidak senang duduk. Jika penonton itu berani, mungkin ketakutan dirasakan tidak seberapa. Secara keseluruhannya, Ahmad Idham (Pengarah filem Jangan Pandang Belakang boleh dianggap berjaya melahirkan babak seram. Kalau tidak, kenapa filem Jangan Pandang Belakang mendapat kelulusan bersyarat daripada Lembaga Penapisan Filem (LPF) yang melarang kanak-kanak, ibu mengandung dan mereka yang ada sakit kronik seperti lemah jantung dan sebagainya daripada menontonnya. Untuk menonton dan ingin mengetahui lebih lanjut tentang filem ini, anda perlulah menontonnya di pawagam berdekatan dengan anda. Selain itu, anda juga boleh melayari laman web http://www.gsc.com.my/ untuk maklumat lanjut...


Taufik SM: Banyak betul filem-filem yang akan ditayangkan di pawagam pada 5 April 2007 ini. Sebagai penonton, anda perlulah bijak memilih filem yang manakah yang terbaik & berbaloi bagi anda untuk ditonton di pawagam. Hal yang demikian kerana bagi mengelakkan ketidakpuasan selepas menonton filem tertentu. Dan yang terakhir sekali jangan sokong cetak rompak...








0 comment(s) to... “Senarai & ulasan tentang filem yang bakal ditayangkan...”