Ulasan Tentang Konsert AF5 minggu ke-6 !!!

Posted Isnin, April 23, 2007 by Lelaki Herba in Labels:







Lambat ‘Hangat,’ itulah yang dapat dikatakan mengenai persembahan pelajar Akademi Fantasia kelima (AF5) yang beraksi di konsert mingguan program realiti TV itu di Dewan Sivik Majlis Perbandaran Petaling Jaya (DSMPPJ).



Hanya pada konsert minggu ke-6 AF5 di DSMPPJ, Sabtu lalu, baru terlihat ada peningkatan persembahan pelajar. Paling ketara pada persembahan Aizat (Muhammad Aizat Amdan). Pelajar dari Kuala Lumpur itu berjaya menghayati setiap bait lagu Perpisahan yang dipopularkan Anuar Zain. Lagu itu juga adalah lagu tema filem Cinta arahan Kabir Bhatia. Kejayaan Aizat membawakan lagu itu mendapat pujian tiga pengkritik tetap, Fauziah Datuk Ahmad Daud (Ogy), Hattan dan Fauziah Latiff (Jee) dan pengkritik jemputan, Kudsia Kahar. Mereka sependapat persembahan Aizat pada malam itu sempurna sehingga Hattan mengakui bulu romanya meremang.Pada konsert itu juga, penerbit program, Astro, memperkenalkan sistem tekan butang biru. Pengkritik boleh menekan butang itu ketika pelajar membuat persembahan atau pun selepas itu sekiranya mereka berpendapat persembahan mereka bagus. Mungkin sistem tekan butang itu diperkenalkan untuk memberi semangat kepada pelajar untuk membuat persembahan pada malam itu dan juga pada minggu berikutnya.Oleh itu Aizat yang menerima tepukan gemuruh penonton terutama penyokongnya yang berada dalam dewan itu menerima empat butang biru.



Bagaimanapun terdengar komen penonton, pemilihan lagu Perpisahan untuk dinyanyikan Aizat banyak membantu persembahannya malam itu kerana lagu itu cukup popular, melodinya indah dan lirik menusuk kalbu.Apa pun, Aizat membuktikan dia mampu melakukannya selepas seringkali persembahannya dikritik.Komen Ogy terhadap persembahan Aizat, apabila ada keinginan yang meluap dalam hati dengan mudah segala rasa terpendam terpancar pada persembahan seseorang penyanyi. Peserta lain yang mendapat empat butang, Candy (Candra Clement) yang menggalas tugas menyampaikan lagu popular Rahimah Rahim, Gadis Dan Bunga. Dengan gaya bersahaja dan karektor suara tersendiri, Candy berjaya mempersembahkan lagu itu dengan gaya manjanya. Seorang lagi pelajar yang berjaya memikat hati pengkritik, Shawal (Mohd Shawal Ruslan). Kekuatan vokalnya membawakan lagu rock Peronda Jaket Biru dipuji itulah persembahan terbaiknya. Namun Heliza (Heliza Helmi) persembahannya pada konsert mingguan pertama AF5 mendapat pujian pengkritik dan penonton, namun kini nasib kurang menyebelahinya kerana pada setiap minggu prestasinya tidak menentu. Bersuara lunak, namun tiada identiti diri.Menerusi paparan Diari Akademi setiap malam di Astro Ria, pelajar yang dikatakan selalu ‘maintain’ cantik itu juga dikatakan seorang yang hipokrit.



Sementara itu, Dafi (Gadaffi Ismail Sabri) yang menerima undian SMS kedua tertinggi selepas Ebi (Ebi Kornelis & Firdaus Yaimal), persembahannya masih tidak berubah. Pada malam itu, Dafi menyanyikan lagu Mandarin, Qing Fe De Yi. Sejak minggu pertama sehingga keenam, dia diberi lagu yang langsung tidak langsung mencabar vokalnya. Seperti Heliza yang sentiasa cantik, Dafi juga menerima undian tinggi kerana wajah comelnya. Industri seni memang memerlukan mereka yang mempunyai kelebihan paras rupa tetapi janganlah pula mengharapkan bulan jatuh ke riba.Pada konsert keenam itu juga, menyaksikan penyingkiran pelajar dri Kuching, Sarawak, Rizal (Hasfarizal Ayub). Permulaan konsert menyaksikan Rizal menerima undian SMS paling rendah dan ia akhirnya menjadi kenyataan apabila dia terpaksa mengusung beg keluar dari dewan itu.Pelajar lain membuat persembahan, Mila (Norsyarmilla Jirin) dan Aswad (Muhammad Nur Aswad Jafar). Bersesuaian konsep AF yang kaya dengan kejutan, kelainan dibawakan pada konsert kali ini apabila Astro mengundang artis lama dan baru untuk menyampaikan amanat kepada pelajar.



Mereka adalah Jalaluddin Hassan, Erra Fazira, Khatijah Ibrahim, Hans Isaac, Rahimah Rahim, Datuk Mustapha Maarof, Datuk A Rahman Hassan, Que Haidar, Farid Kamil, Sazzy Falak dan Ramlah Ram.Lucu juga melihatkan setiap pelajar itu mempunyai ‘protege’ kanak-kanak yang mewakili pelajar itu memperkenalkan diri masing-masing berserta ‘trademark’ mereka.Menggamatkan lagi suasana, Aznil juga diberikan ‘protege’ yang bercita-cita menjadi pengacara nombor satu sepertinya.

Taufik SM: Tahniah kepada Aizat (AF5) sebab ada peningkatan pada persembahannya pada konsert AF5 minggu ke-6 lalu...

0 comment(s) to... “Ulasan Tentang Konsert AF5 minggu ke-6 !!!”