Ulasan Tentang Konsert Akademi Fantasia 5 Minggu Ke-7

Posted Isnin, April 30, 2007 by Lelaki Herba in Labels:

Video bagi Lagu Tugasan Dafi (AF5) pada Konsert Ke-Lapan






Download untuk lajukan video ini...



Ulasan:

SALAH serta silap strategi dilakukan peminat, menjadi punca penyingkiran Muhammad Aizat Datuk Amdan, 18, pada konsert minggu ketujuh Akademi Fantasia Musim Kelima (AF5) yang berlangsung kelmarin.

Walaupun memberikan persembahan cukup memberangsangkan sewaktu mendendangkan lagu asal nyanyian M Nasir, Ada, dan dia menerima empat lampu biru sebagai tanda puas hati daripada juri tetap dan jemputan, ternyata ia tidak mampu mempertahankan kedudukan Aizat pada konsert yang berlangsung di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).Penyingkiran Aizat selepas memperoleh undian terendah menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) dikatakan berpunca akibat berlaku pecahan undi dikalangan penyokong setia.Ramai peminat beralih tumpuan dengan berusaha untuk menyelamatkan peserta lain yang turut dirasakan berbakat seperti Norsyarmilla Jirin (Mila), 19 dan Candra Clement (Candy), 18.Selain itu, rasa selesa peminat terhadap kedudukan Aizat pada tempat lima teratas setiap kali konsert juga dikatakan menjadi penyebab penyingkirannya.Pola peserta yang mendapat perhatian atas bakat dimiliki tersingkir dalam rancangan realiti tv ini sudah boleh dibaca dan berlaku setiap musim.

Ia bermula dari musim pertama dengan Rosma dan Sahri menjadi mangsa, sehingga menimbulkan rasa kurang senang ribuan peminat setia rancangan itu. Musim seterusnya peserta kegemaran, Zarina menjadi mangsa dan diikuti Idayu. Penyingkiran Aizat kelmarin dianggap satu kesinambungan.Bagaimanapun pengkritik tetap Hattan, mempersalahkan penonton setia rancangan itu yang dikatakan buta seni dan tidak tahu menilai bakat yang ada pada Aizat.“Mengapa penonton rancangan ini masih lagi menilai peserta dari sudut fizikal seperti rupa. Mereka seharusnya mengundi pelajar berbakat dan boleh pergi jauh dalam industri muzik tempatan.“Inilah akibatnya sekiranya memberikan kuasa sepenuhnya kepada penonton. Saya sangat kecewa apabila perkara ini berlaku. Sekiranya hendak membandingkan Aizat dengan peserta lain ternyata dia antara yang terbaik dan paling menonjol.“Lihat saja peningkatan persembahannya setiap minggu.

Cukup memberangsangkan dan konsisten. “Dia berjaya memukau ribuan penonton dengan persembahan matangnya sewaktu mendendangkan lagu Perpisahan minggu lalu dan minggu ini dia melakukannya sekali lagi. Selama dua minggu juga dia menerima lampu biru daripada semua pengkritik.“Sekiranya pemilihan pemenang rancangan ini dilakukan dengan penjurian sepenuhnya sudah pasti juaranya adalah Aizat.

Ketiadaan Aizat kita akan melahirkan bintang hanya popular tetapi bakat tidak kuat,” katanya.Selain Hattan turut bertindak selaku pengkritik tetap, Fauziah Latiff dan Fauziah Datuk Ahmad Daud (Ogy) sementara Salih Yaacob menjadi pengkritik jemputan.Pada konsert ketujuh itu juga penonton AF5 kembali dibanjiri air mata apabila pelajar ditemukan dengan ibu bapa sebagai kejutan.Pada waktu sama Aswad Jafar (Aswad), 27, anak yatim piatu hanya memerhatikan kegembiraan rakan lain menyebabkan penonton berasa begitu hiba dengan situasi itu.Kejutan dibuat pihak produksi AF5 malam kelmarin itu dilihat terlalu kejam buat Aswad di mana mereka cuba mengeksploitasi status peserta dari Pulau Pinang itu semata-mata mahu mendapatkan perhatian peminat.Selaku pengacara rancangan itu, Aznil Nawawi menjelaskan bahawa AF5 tiada niat untuk mengambil kesempatan terhadap Aswad, sebaliknya ia dilakukan bertujuan memberi semangat kepadanya.“Sebelum ini Aswad sering menyendiri dan tidak mahu bercampur sangat. Dia seperti berasa begitu rendah diri.

Ramai juga peminat tidak tahu akan status Aswad yang yatim piatu. “Apabila segmen khas menemukan pelajar dan ibu bapa diadakan saya memberi ucapan semangat kepada Aswad walaupun dia tiada ibu dan ayah lagi tetapi kasih yang ada boleh dikongsi bersama,” katanya. “Dia tidak perlu gusar kerana dia mempunyai keluarga yang cukup besar. Saya sendiri terharu apabila melihat ibu bapa peserta lain turut memeluk Aswad dan menyapanya sebaik diumumkan bahawa dia anak yatim piatu. Apa yang kami lakukan ini dengan satu niat iaitu untuk melihat Aswad kembali bersemangat dalam meneruskan perjuangannya dalam AF5 musim ini,” ujarnya.

Taufik SM: Alamak,Aizat(AF5) dah tersingkir...



0 comment(s) to... “Ulasan Tentang Konsert Akademi Fantasia 5 Minggu Ke-7”