Ulasan Tentang konsert minggu kelapan Akademi Fantasia 5

Posted Selasa, Mei 08, 2007 by Lelaki Herba in Labels:

DAFI af5 - Uptown Girl




Download untuk lajukan video ini...




Ulasan:

Perkara yang sering dikaitkan dengan pelajar yang tersingkir pada konsert minggu kelapan Akademi Fantasia Musim Kelima (AF5) Sabtu lalu, Gadaffi Datuk Ismail Sabri (Dafi AF5), 19, dia punya rupa tetapi tiada bakat.

Bukan itu saja, status bapanya sebagai ahli politik dan berpengaruh turut dijadikan bahan di kalangan penonton setia rancangan realiti TV itu. Mereka berkata kerana keluarganya orang ‘berduit’ menyebabkan Dafi mampu bertahan lama dalam akademi sehingga ada pelajar jauh lebih berbakat darinya tersingkir lebih awal. Bukan itu saja pelbagai lagi gelaran turut diberikan kepadanya seperti Mr Bean dan Duffyduck.Sewaktu ditemui pada sidang akhbar penyingkiran Dafi yang diadakan di Astro semalam, jelas Dafi dia sedikit pun tidak terasa hati dengan segala dakwaan penonton setia rancangan itu kerana sudah cukup faham dengan permainan mereka.“Saya menonton rancangan ini sejak Akademi Fantasia (AF1) musim pertama disiarkan. Saya juga mengikuti segala perkembangan yang berlaku terhadap pesertanya.


Jadi saya memahami akan situasi yang berlaku.“Sebenarnya tidak banyak perkara yang saya ketahui terutama membabitkan beberapa dakwaan mengenai diri saya yang dibuat penonton setia dan diperdebatkan menerusi laman bual bicara @15.“Memang ada ahli keluarga memberitahu tetapi tidak sepenuhnya kerana sejak keluar malam Sabtu lalu saya belum berkesempatan bertemu mereka dan bertanya lanjut mengenainya. Cuma kakak saya, Sabrina memberitahu perkara yang dirasakan penting untuk saya mengetahuinya,” katanya.Jelas Dafi lagi, dia menolak dakwaan dikatakan tidak berbakat dan berbangga apabila disamakan dengan watak popular dalam sitcom Mr Bean.“Sekiranya benar saya tidak punya suara sudah tentu sewaktu diuji bakat peringkat awal saya sudah disingkirkan. “Bayangkan antara 6,000 orang yang menjalani uji bakat, saya salah seorang peserta berjaya ke peringkat seterusnya sehinggalah bertahan sehingga minggu kelapan.“Mengenai gelaran Mr Bean, bagi saya ia satu penghormatan kerana disamakan dengan seorang pelakon cukup berjaya dan menjadi idola ramai orang di seluruh dunia,” katanya.


Menyentuh mengenai penyingkirannya pada malam itu jelas Dafi, dia sudah bersedia lebih awal walaupun pada waktu sama sokongan peminat dalam Dewan Sivik, Majlis Bandaran Petaling Jaya (MPBJ) menyebelahinya agak kuat.“Seperti saya katakan tadi, saya cukup masak dengan perjalanan rancangan ini. Setiap minggu pasti ada pelajar yang terkeluar jadi mengapa saya perlu sedih apabila tersingkir.“Kalau ikutkan hati saya mahu ke peringkat akhir namun sudah ditakdirkan perjalanan saya setakat ini saja. Walaupun sudah keluar tidak bermakna saya akan berundur diri daripada bidang nyanyian. Menyanyi menjadi minat saya sejak dulu jadi selepas ini saya akan terus mengejar cita-cita menjadi artis rakaman. “Selepas ini saya juga akan melanjutkan pelajaran dalam bidang muzik dan penerbitan di salah sebuah pusat pengajian tinggi swasta, disamping belajar vokal. Itu janji saya kepada abah,” katanya.


Dafi yang akrab dengan penyampai Radio Era dan pengacara, Nana, menjadikan bintang AF1 itu sebagai idolanya.“Sepertimana Nana sewaktu penyertaannya dalam AF dia turut menjadi bahan kutukan penonton rancangan itu tetapi sekarang dia antara pelajar yang cukup menonjol dan bergelar selebriti popular.“Saya tahu kejayaan yang dicapai Nana sekarang bukan datang dengan mudah. Saya juga akan bekerja keras selepas ini. Sekiranya kita berusaha pasti akan berjaya mencapai impian,” ujarnya .

Taufik SM: Harap Dafi AF5 terus berjaya dalam bidang seni suara tanah air walaupun sudah tersingkir pada konsert minggu kelapan Akademi Fantasia Musim Kelima (AF5) Sabtu lalu...




0 comment(s) to... “Ulasan Tentang konsert minggu kelapan Akademi Fantasia 5”