Hadiah Menanti Jika tonton Filem Transformers !!!!

Posted Ahad, Jun 24, 2007 by Lelaki Herba in Labels:


Ulasan:


Selepas Filem Pirates Of The Caribbean: At World’s End, penonton disajikan pula dengan filem mega, Transformers yang akan menyerang pawagam 28 Jun ini.

Serentak kemunculan filem ini, orang ramai berpeluang memenangi cenderamata eksklusif dan mainan Transformers menerusi peraduan laman web dan box office GSC.

Jika anda ingin memenangi hadiah menarik bernilai sehingga RM1,650, layari laman web http://www.gsc.com.my/ untuk mendapatkan butir peraduan laman web ‘TRANSFORMERS’ GSC.

Padankan dengan tepat imej watak dengan nama masing-masing dan lengkapkan slogan diberikan dalam kurang daripada 15 perkataan.


Lima puluh peserta pertama yang memberi jawapan betul akan dapat menyaksikan filem ini di GSC Mid Valley pada 30 Jun ini. Bertindaklah sekarang sebelum peraduan berakhir 11 Julai 2007.

Jika menonton filem ini di GSC, anda layak menyertai peraduan Box Office ‘TRANSFORMERS’ GSC dengan sekurang-kurangnya dua keratan tiket berbayar ‘TRANSFORMERS’.

Jawab empat soalan mudah dan lengkapkan slogan tidak lebih 20 perkataan untuk memenangi mainan Transformers.

Masukkan borang yang lengkap diisi bersama keratan tiket berbayar ‘Tranformers’ GSC ke dalam kotak peraduan di GSC atau poskan penyertaan anda kepada Peraduan Box Office ‘TRANSFORMERS’ GSC, No 1, Jalan SS22/19, Damansara Jaya, 47400 Petaling Jaya, Selangor sebelum 26 Julai 2007. Anda juga boleh memuat turun borang peraduan dari laman web GSC.

Peserta yang dapat menjawab semua soalan dengan tepat dan slogan terbaik akan memenangi hadiah pertama berupa patung kecil Ketua ‘TRANSFORMERS’, kemeja-T, topi, bertih jagung tin GSC dan baucar GSC Gold Class bernilai sehingga RM450.

Selain itu, patung kecil Cyber Stompin’ ‘TRANSFORMERS’, patung kecil Legenda ‘TRANSFORMERS’, kemeja-T, topi, bertih jagung tin GSC dan baucar GSC Gold Class serta pas percuma GSC dengan nilai berjumlah sehingga RM900 turut ditawarkan untuk dimenangi.

Tiket filem ini boleh dibeli lebih awal mulai 22 Jun lalu menerusi kemudahan e-pembayaran GSC untuk menontonnya di panggung GSC Mid Valley, GSC 1 Utama dan GSC Berjaya Times Square.

Taufik SM: Semoga Berjaya....
[Adapted From Another Source]


0 comment(s) to... “Hadiah Menanti Jika tonton Filem Transformers !!!!”

0 comments: