The Lima juara Gangstarz!!!!!

Posted Isnin, Jun 18, 2007 by Lelaki Herba in Labels:


Gangstarz The Lima




Download untuk lajukan video
Download Video

Download Video Player


Dengan menyanyikan lagu Suci Dalam Debu, Benci Bilang Cinta, Pria Terhebat, Do Re Mi, Memori Daun Pisang dan Sengol Sengolan, The Lima diangkat sebagai ‘Kumpulan Vokal Terhebat’ sekali gus menjuarai program realiti terbitan TV3, Gang Starz.

Ternyata usaha kumpulan tiga anak muda dari Indonesia itu berbaloi apabila meninggalkan keluarga dan tanah air untuk meneruskan perjuangan dalam Gang Starz.

Deraian air mata kesyukuran Bony Adam, 25, C Taufani Rahadian, 23, dan Arif Topan Sanjaya, 21, jelas dapat disaksikan kira-kira 20,000 penonton yang membanjiri konsert akhir Gang Starz di Stadium Malawati di sini, malam tadi.

Mereka membolot hadiah lumayan bernilai AS$100,000 (RM350,000), termasuk kontrak rakaman dengan KRU Muzik Group yang menjadi rebutan peserta selama ini.

Konsert yang bermula jam 8.30 malam itu disiarkan secara langsung di TV3 selama dua jam setengah.

Ia turut dipancarkan secara siaran tertunda melalui stesen televisyen Indonesia iaitu TPI.

Satu lagi kumpulan dari Indonesia, Mendua terpaksa akur dengan kekalahan mereka meskipun memberikan persembahan hebat menerusi lagu Isabella, Maha Karya Cinta, Cinta, Jika, Ku Bahagia dan Let’s Dance Together.

Wakil tuan rumah, Flava menerima kenyataan tiada rezeki untuk mereka menjulang piala kemenangan sekalipun memberi persembahan hebat dan setaraf peserta Indonesia.

Flava menyampai lagu Berhenti Berharap, Samrah Mentari, Kasih Latifah, Rindu Bayangan, Dendangan Laguku dan Joget Angan Tak Sudah.

Infinatez dianggotai Danial, Alvin, Rafiq, Andy dan Yazir yang dimasukkan semula dua minggu lalu pada peringkat `wild card' tidak kecewa dengan kekalahan mereka.

Kumpulan itu mendendangkan lagu Seiring Sejalan, Mulanya Di Sini, Thank You dan I Believe I Can Fly.

Hadiah kepada semua pemenang disampaikan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Televisyen Media Prima Berhad, Datuk Farid Ridzuan,

Konsert akhir Gang Starz dimeriahkan lagi dengan persembahan penyanyi remaja terkenal Indonesia, Agnes Monica serta artis popular tempatan Ning Baizura, Niki, Yanie dan Faizal Tahir.

[Adapted From Another Source]



0 comment(s) to... “The Lima juara Gangstarz!!!!!”

0 comments: