Teruja Laman Blog Trend Terkini... Namun Begitu.....???

Posted Ahad, Julai 08, 2007 by Lelaki Herba in Labels:
(Gambar Hiasan semata-mata)

Dewasa kini, ramai pembaca-pembaca di negara ini sudah maju. Maju yang dimaksudkan di sini ialah maju dalam bidang ‘ICT’ Jika mereka maju dan berpengetahuan luas dalam bidang ICT maka sudah tentu mereka akan mencari dan membaca medium bacaan yang moden dan berkaitan dengan ICT. Sebagai contoh, dahulunya rakyat Malaysia membaca isu-isu terkini dengan hanya mengharapkan akhbar dan televisyen semata-mata. Nampaknya ICT telah mengubah segala-galanya. Kini, semakin ramai pembaca sudah mula berjinak-jinak dengan sering membaca dan meneliti berita-berita terkini tentang apa-apa sahaja perkara dalam internet.. Sebagai contoh, mendapatkan isu-isu seperti hiburan,politik,sukan dan seumpanya dengan hanya membaca di laman blog. Pendek kata, ‘kalah’ akhbar tempatan dan televisyen bahana pembaca kini lebih meminati dan fanatik ‘gila’ untuk membaca di laman blog sahaja berbanding dengan membaca di akhbar dan di televisyen. Hasilnya, pembaca sudah menjadikan laman blog sebagai medium bacaan mereka seharian. Menurut sumber tertentu, orang asia memang meminati blog. Malah, mereka juga sangat yakin bahawa kandungan maklumat di blog itu adalah benar dan tidak digelar ‘auta’. Dengan tanggapan inilah para blogger dan webmaster yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan dengan memalsukan fakta dan mereka berani menerbitkan maklumat-maklumat yang berunsurkan ‘auta’ di blog mereka. Tindakan ini merupakan tindakan yang boleh diambil tindakan oleh pihak berkuasa. Pada pendapat saya, kerajaan Malaysia tidak terlalu fanatik untuk membanteras gejala ini. Namun tidak dapat dinafikan bahawa kerajaan Malaysia juga sangat prihatin akan masalah ini jika blogger tertentu menyebarkan fitnah yang berunsurkan politik. Sebagai contoh kerajaan Malaysia mengambil langkah yang bijak dengan menyaman blogger yang tidak ada ‘sivik’ itu. Pada pendapat saya, tindakan kerajaan Malaysia itu wajar dan patut dipuji.

Saya sebagai blogger bagi laman blog http://taufiksm.blogspot.com/ berasa malu dan marah kerana nama blogger kini sudah ‘busuk’ akibat tindakan blogger tertentu yang memalsukan fakta dan menerbitkan ‘auta’ di blog mereka. Bak kata pepatah kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Peribahasa ini amat sesuai dengan situasi ini. Di sini juga saya ingin menegaskan bahawa bukan semua blogger begitu. Hanya segelintir blogger sahaja begitu. Pesanan saya sebagai blogger ialah janganlah memalsukan fakta dan menerbitkan ‘auta’ di blog. Tindakan ini boleh menyebabkan pembaca di negara ini sudah tidak mempercayai blogger lagi dan memilih akhbar tempatan sebagai medium bacaan yang terbukti benar dan fakta berbanding laman blog yang ‘auta’ dan digelar ‘surat layang’ oleh pihak tertentu. Janganlah dibiarkan perkara ini berlaku. Tidak cukup dengan itu, segelintir blogger bukan sahaja berani memalsukan fakta malah sanggup menerbitkan isu-isu lucah,berita lucah, isu-isu yang menghina agama Islam,isu-isu yang boleh memesongkan akidah orang Islam,mengajar pembaca membuat cetak rompak di blog mereka dan seumpamanya. Tindakan ini memang ‘hina’ dan patut blogger itu insaf sebelum terlambat. Bak kata pepatah sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna. Janganlah menyalahgunakan blog kerana tindakan ini mudah untuk dikesan oleh pihak berkuasa jika blog itu berpangkalan di negara Malaysia ini. Jika blog itu berpangkalan di luar negara, hal ini akan menyusahkan pihak yang berwajib untuk mengesan dan menangkap blogger itu ke muka pengadilan.Untuk pengetahuan pembaca sekalian, setiap komputer di dunia ini yang mempunyai sambungan internet pasti ada ‘Internet Protocol’ (IP). IP akan memudahkan pihak berkuasa untuk mengesan blogger itu dan menangkap blogger itu ke muka pengadilan. Dengan merujuk IP, pihak berkuasa mampu mengesan di mana lokasi komputer yang digunakan oleh blogger itu untuk mengemaskini blog mereka. Pada kebiasaannya, kebanyakan blogger di negara ini lebih senang mengemaskini blog masing-masing di rumah kediaman sahaja. Jika mereka menyalahgunakan kemudahan untuk memblog, mereka akan mudah ditangkap oleh pihak berkuasa kerana mereka ‘update’ blog mereka di rumah. Jika pihak berkuasa dapat mengesan IP komputer di rumah mereka,mereka pasti akan tertangkap juga kerana IP komputer itu akan menunjukkan di mana lokasi komputer itu berada. Awas bagi mereka yang berniat untuk melakukan perkara yang ‘terkutuk’ ini kerana jika anda melakukannya, surat saman akan sampai ke pintu rumah. Saya di sini ingin berpesan kepada diri saya sendiri dan pembaca sekalian terutamanya blogger agar menjauhi dan tidak melakukan perkara-perkara yang sudah saya utarakan tadi. Kesimpulannya, janganlah melakukan perkara ini kerana bak kata pepatah sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Sekian, wassalam...

Taufik SM: Bak kata pepatah terlajak perahu boleh berundur,terlajak perbuatan buruk padahnya...


0 comment(s) to... “Teruja Laman Blog Trend Terkini... Namun Begitu.....???”

0 comments: