Fadilat Berpuasa di Bulan Ramadan

Posted Isnin, September 24, 2007 by Lelaki Herba in Labels:

Video Harapan Ramadan


Video pulanglah


Saloma - Selamat Hari Raya (Full Song)


Pada kebiasaannya, penulis sering mengulas dan menerbitkan ulasan-ulasan yang berkaitan dengan isu-isu terkini tentang dunia hiburan tanah air sahaja. Paling tidak pun menerbitkan lirik-lirik lagu yang "hot". Namun begitu,penulis berasakan bahawa kini sudah tiba masanya untuk penulis 'beralih angin' dengan mengulas tentang "Fadilat Berpuasa di Bulan Ramadan" pula. Sedar tidak sedar,setiap tahun kita akan lalui bulan yang penuh keberkatan dan kemuliaan ini, tidak lain dan tidak bukan ialah bulan Ramadan. Bulan yang menggandakan pahala dan membersihkan dan menyucikan hati jika benar-benar kita menghayati dan menyelaminya. Malah pada bulan ini juga kita boleh memohon keampunan kepada yang Maha Esa agar dosa-dosa yang lampau itu dapat dihapuskan. Pada bulan yang mulia ini, kita juga boleh melaksanakan ibadat-ibadat sunat yang harus ditunaikan sepanjang bulan Ramadan yang mulia ini seperti solat sunat tarawih,bertadarus al-Quran,bersedekah,menolong antara satu sama yang lain,berzikir,memperbanyakkan berdoa,menghadiri majlis-majlis ceramah agama dan sebagainya.

Namun demikian, terdapat juga ibadat wajib yang perlu kita laksanakan sepanjang bulan Ramadan yang mulia ini. Contohnya, melaksanakan ibadah berpuasa di siang hari,menunaikan solat lima waktu sehari semalam,menunaikan zakat fitrah bagi yang mampu dan lain-lain lagi.
Sama ada kita sedar ataupun tidak, hari ini sudah genap 12 hari kita melaksanakan ibadat puasa kepada yang Maha Esa. Dalam kemeriahan dan kesibukan kita dalam memanfaatkan masa yang terluang dalam bulan Ramadan ini, terdapat juga kejadian-kejadian yang penulis tidak senangi iaitu kes rogol dan bunuh adik Nurin Jazlin yang berusia 8 tahun yang heboh diperkatakan oleh media massa sama ada media cetak ataupun media elektronik. Pada kesempatan ini, penulis ingin mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa. Semoga roh adik Nurin Jazlin dicucuri rahmat dari yang Maha Esa.

Dalam ulasan kali ini,penulis ingin mengutarakan tentang perkara-perkara sunat dan adab berpuasa pada bulan Ramadan yang boleh pembaca blog ini amalkan.

Antaranya ialah:-

1) Perkara sunat ketika berpuasa:-

-membaca al-Quran
-memperbanyakkan bersedekah
-melewatkan bersahur
-menyegerakan berbuka puasa apabila sudah masuk waktu Maghrib
-Membaca doa yang khusus ketika berbuka
-memulakan berbuka dengan buah kurma. Jika tidak ada buah kurma cukup dengan minum air
-mengajak orang lain berbuka puasa
-mendirikan solat sunat tarawih
-menjauhi perkara-perkara yang dikeji

2)Adab berpuasa:-

-mengelakkan pembaziran seperti tidak menyediakan makanan berbuka puasa secara berlebihan
-Memelihara anggota badan daripada melakukan perkara yang dilarang dalam islam seperti tidak melakukan maksiat seperti mengumpat,mencela orang lain dan sebagainya
-menguruskan masa dengan betul seperti tidak terlalu banyak tidur pada siang hari


Taufik SM™: Semoga ibadat puasa kita diterima oleh yang Maha Esa. Pada kesempatan ini juga, penulis ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada muslimin dan muslimat khususnya kepada pembaca blog ini. Maaf zahir dan batin. Sekian, wassalam...




0 comment(s) to... “Fadilat Berpuasa di Bulan Ramadan”

0 comments: