Tonton TV di telefon bimbit 3G !!!

Posted Jumaat, Disember 28, 2007 by Lelaki Herba in Labels:




Kalau dulu, pelbagai program menarik ketinggalan begitu saja. Kini, pastinya tidak lagi apabila semua penyelesaian itu berada 'di hujung jari'.

Dalam soal ini, Media Prima Berhad (MPB) memberi peluang kepada orang ramai menonton program menarik di TV3, ntv7, 8TV dan TV9 menerusi perkhidmatan telefon bimbit 3G.

Pengurus Besar Rangkaian Portal Media, Media Prima, Paul Moss berkata selain program televisyen, ia turut merangkumi perkhidmatan gerbang radio.

"Dengan kaedah ini, pengguna boleh menonton deejay bersiaran secara langsung dari studio Hot FM. Malah, mengikuti temubual eksklusif bersama artis dan selebriti terkenal tanah air.

"Bagi siaran televisyen pula, program TV3 yang dapat ditonton menerusi perkhidmatan 3G ini ialah Kaber Hero Kaber Zero, Dunia Baru, Muzik-Muzik dan Melodi.

"Tidak ketinggalan, program menarik ntv7 seperti Magix, Seekers, Sadiq & Co, Love Is All Around dan Yummy Trail. Manakala, 8TV pula ialah program Radhi Study Go, Ho Chak, 8E News dan Unveil The Truth," katanya.

Paul berkata bagi penonton TV9, mereka juga berpeluang menonton beberapa program terbaik stesen itu seperti Pendekar 5, Usik-Usik serta Galaksi.

"Namun, buat permulaan ini perkhidmatan menonton menerusi telefon bimbit yang disediakan ini hanya ditawarkan kepada pelanggan 3G Maxis saja.

"Sesiapa yang berminat, ia boleh diakses dengan membuat panggilan video dengan menaip *32012. Malah, caj dikenakan berpatutan iaitu 30 sen seminit," katanya.



Beliau berkata, menerusi perkhidmatan terbaru itu, pengguna juga boleh menonton program kegemaran mereka pada bila-bila masa yang diinginkan.


"Ini kerana, semua program yang ditawarkan sekarang berdasarkan video atas permintaan. Namun, kami merancang memperkenalkan program secara langsung pada suku kedua, tahun depan.

"Tidak dinafikan, perkhidmatan video atas permintaan kini semakin popular," katanya pada sidang media sempena pelancaran perkhidmatan itu, baru-baru ini.

Katanya lagi, orang ramai tidak perlu gusar kerana kandungan klip video akan dikemas kini setiap minggu dengan memuatkan maklumat pelbagai program terbaru.

"Turut dimuatkan juga, siaran ulangan episod lalu dan sedutan episod akan datang.

"Selain itu, lebih banyak perkhidmatan 'online' mudah alih akan diperkenalkan pada masa akan datang termasuk My Mesengger, muat turun video dan TV mudah alih.

"Terdahulu, MPB melancarkan perkhidmatan 'catch up TV' pada September lalu. Justeru, ini susulannya," katanya.

Source: Akhbar Harian Metro,Jumaat, 28 Disember 2007

0 comment(s) to... “Tonton TV di telefon bimbit 3G !!!”

0 comments: