Ulasan Filem yang akan ke Pawagam tahun 2008 !!!

Posted Isnin, Disember 31, 2007 by Lelaki Herba in Labels:

Speed Racer Film



Pantas sungguh masa berlalu dan kini kita sudah hampir menuju ke tahun baru iaitu tahun 2008 Masihi. Blog ini buat pengetahuan pembaca sekalian sudah mula dilancarkan pada Oktober 2005. Nampaknya sudah lebih daripada dua tahun usia blog ini. Penulis di sini dengan sejujurnya mahu pembaca sekalian memberitahu penulis tentang apa yang perlu penulis lakukan demi kemajuan blog ini pada tahun 2008. Pembaca sekalian boleh memberitahu penulis tentang cadangan bagi memantapkan lagi blog ini tetapi hendaklah komen tersebut mengandungi unsur-unsur yang membina sahaja dan bukannya yang sekadar layak dilabelkan sebagai komen picisan sahaja. Sebarang cadangan atau komen boleh pembaca hantarkan melalui ruangan pada blog ini yang dilabelkan sebagai 'Chat Zone'. Di sini pembaca boleh memberi sebarang cadangan atau komen bagi memantapkan lagi blog ini pada tahun hadapan. Pembaca sekalian, dalam industri hiburan tanah air kini sudah ramai selebriti dan artis yang sudah berjaya mencipta kejayaan dalam kerjaya mereka. Tetapi tidak kurang pula yang mencetuskan kontroversi dan sesuatu yang tidak enak didengar. Realitinya, itulah kejadian yang sudah berlaku sepanjang tahun 2007. Sebagai contoh Sharifah Amani sanggup membotakkan kepalanya bagi sebuah filem arahan pengarah 'kontroversi' tanah air iaitu Yasmin Ahmad. Tidak lupa juga kepada kejayaan Datin Seri Siti Nurhaliza yang berjaya membuktikan yang pasaran album masih ada walaupun kini kebanyakan pendengar dan peminat lebih suka 'download' lagu daripada internet dengan album Siti yang terdahulu yang berjudul 'Transkripsi' yang berjaya terjual sebanyak 80 000 unit. Kini, Siti tampil lebih berani dengan kemunculan album barunya yang berjudul 'Hadiah Daripada Hati'.

Nampaknya sampai di sini sahaja penulis ingin menulis. Semoga tahun 2008 Masihi ini membuatkan kita lebih berjaya dalam kehidupan. Sebelum penulis mengundur diri, penulis ingin meninggalkan 'buah tangan' sedikit kepada pembaca sekalian iaitu ulasan tentang filem yang akan ke pawagam pada tahun 2008.

Filem akan datang:

1.Filem Assembly

-Sinopsis:

Diinspirasikan daripada sebuah kisah benar, Assembly mengisahkan tentang peperangan yang berlaku di China pada 1948. Kapten Guzidi, diarahkan membawa 46 anak buahnya ke medan peperangan. Lebih menarik lagi, mereka hanya boleh pulang ke tanah air sekiranya menerima panggilan daripada markas. Dengan menganggap arahan yang diberikan telus, Guzidi dan anak buahnya terpaksa akur dengan perintah. Namun, selepas menempuhi pelbagai cabaran dan peperangan yang tidak pernah dibayangkan mereka, Guzidi dan anak buahnya masih tidak dipanggil.

-Genre: Aksi / Perang
-Tayangan: 28 Februari 2008
-Pelakon utama: Hanyu Zhang
-Pengarah: Xiaogang Feng


2.Filem Speed Racer

-Sinopsis:

Speed Racer berlandaskan sebuah komik yang popular di Jepun. Ianya bertujuan untuk mahu menghidupkan watak dan cerita kegilaan masyarakat di sana, filem ini akhirnya berjaya menemui tempatnya di layar perak. Filem ini mengisahkan tentang seorang pelumba kereta yang cuba memperbaiki diri agar dapat mencipta sejarah sebagai seorang pelumba yang popular dan terkenal. Selain itu juga, ia turut menceritakan mengenai kisah kehidupan sebagai seorang pelumba.

-Genre: Aksi / Sains Fiksyen
-Tayangan: 8 Mei 2008
-Pelakon utama: Emile Hirsch, Susan Sarandon
-Pengarah: Larry Wachowski dan Andy Wachowski

*Ulasan tentang filem di atas dipetik dan diubah suai daripada akhbar Metro Ahad, 30 Disember 2007.


Taufik SM: Selamat tinggal tahun 2007 Masihi... Terima kasih kepada semua pembaca blog ini atas sokongan anda selama ini...



0 comment(s) to... “Ulasan Filem yang akan ke Pawagam tahun 2008 !!!”

0 comments: