Filem Aliens Vs Predator 2

Posted Sabtu, Januari 05, 2008 by Lelaki Herba in Labels:

Aliens VS Predator 2

Alien VS Predator 2

Posted Aug 25, 2007

New Movie This Cristmas..



Aliens VS Predator 2


Sinopsis:

Filem yang sedang mengungguli carta panggung wayang di Malaysia, Aliens Vs Predator 2 (AVP2) merupakan sekuel daripada AVP tahun 2004 yang lalu. Pembaca blog sekalian, filem ini bermula daripada babak penghabisan atau penamat AVP sebelum ini di mana kapal angkasa kecil yang terpisah dari induknya membawa bersama Facehugger yang disangka mati oleh rakan-rakan pemangsa yang lain iaitu 'Predator'. Namun sebenarnya aktif megandungkan anak-anak Alien. Akibatnya, Alien yang lahir mengganas hingga mengakibatkan kapal angkasa tersebut terhempas ke sebuah hutan di bumi. Selepas itu,Alien mula beranak-pinak dan membikin kerosakan dan kemusnahan. Ini membuatkan musuh, Predator yang merupakan musuh ketat Alien turun ke bumi untuk memusnahkannya. Peperangan dan persengketaan antara mereka ini membuatkan mangsa keadaan, manusia tersepit di tengah-tengah kerana baik Alien mahu pun Predator, kedua-duanya sanggup untuk membunuh manusia asalkan misi masing-masing iaitu Alien dan Predator tercapai.

Taufik SM: Boleh tahan juga filem ini. Tidak sia-sia kalau pembaca blog ini menonton filem hebat ini di pawagam kerana filem ini masih ditayangkan lagi di pawagam sejak 25 Disember 2007 bersempena dengan hari krismas. Ingat, filem ini mengandungi unsur-unsur ganas dan tidak sesuai kepada penonton bawah umur 18 tahun...


1 comment(s) to... “Filem Aliens Vs Predator 2”

1 comments:

Cinta2u berkata...

Very interesting movie..x sabar nak tengok...