Filem Cuci akan ke pawagam !!!

Posted Rabu, Januari 09, 2008 by Lelaki Herba in Labels:


Sinopsis:

Filem ini mengisahkan tentang empat beradik angkat iaitu Jojo ( Awie ), Fairil ( Afdlin Shauki ), C'Tan ( AC Mizal ) dan Khai ( Hans Isaac ) yang meninggalkan kampung halaman untuk memulakan hidup baru di Kuala Lumpur. Mereka bercadang untuk menubuhkan syarikat mencuci bangunan terbesar di ibu negara iaitu Kuala Lumpur. Untuk mendapatkan kontrak mencuci cermin KLCC, Fairil yang bercita-cita tinggi malah dia yang paling bijak dan cerdik antara tiga saudara angkatnya yang lain merancang untuk menyertai pertandingan Olimpik Mencuci Tingkap. Mampukah empat saudara tersebut mendapatkan kontrak berkenaan yang mereka impikan dan inginkan selama ini?

Filem: Cuci
Pengarah: Hans Isaac
Pelakon: Hans Isaac, Awie, AC Mizal, Afdlin Shauki, Erra Fazira, dan Umie Aida
Genre: Komedi
Edaran: Grand Brilliance
Tayangan: 24 Januari 2008

*Source: Akhbar Metro Ahad, 6 Januari 2008.

Taufik SM: Untuk mengetahui lebih lanjut tentang filem komedi ini, pembaca blog ini perlulah menontonnya sendiri di pawagam tidak lama lagi. Penulis berharap agar filem ini sarat dengan komedi yang lebih 'berat' dan padat berbanding dengan filem Baik Punya Cilok arahan Afdlin Shauki yang sememangnya sebuah filem yang boleh dibanggakan...


1 comment(s) to... “Filem Cuci akan ke pawagam !!!”

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

kau jembut ... crite cuci best.