Download Pelbagai Software Percuma !!!

Posted Sabtu, Februari 16, 2008 by Lelaki Herba in Labels:

Pada ruangan kali ini, penulis ingin berkongsi pengalaman Taufik sendiri. Pengalaman yang dimaksudkan di sini ialah pengalaman memuat turun perisian percuma daripada laman web yang boleh dipercayai contohnya www.download.com , www.softpedia.com , www.sofotex.com , www.nonags.com .



Pelawat blog ini digalakkan melayari laman web yang telah Taufik nyatakan untuk memuat turun perisian yang berguna dan dapat menyelesaikan kemelut masalah yang membelenggu pengguna komputer yang kurang mahir. Contohnya, pengguna PC secara tidak sengaja mengubah tetapan registry yang merupakan 'nyawa' sistem komputer. Bagi pengguna yang mahir mereka boleh membetulkan sendiri tetapan registry tersebut dengan menggunakan 'Registry Editor' yang sudah dibekalkan dalam Windows. Tetapi bagaimana pula dengan pengguna yang kurang mahir ??? Jalan Penyelesaiannya ialah dengan memuat turun perisian seperti 'Advanced WindowsCare V2 Personal' yang percuma di laman web www.download.com . Fungsi perisian ini bukan sahaja membetulkan kembali tetapan registry malah 'menjaga' PC kita dengan fungsi 'anti-spyware' dan banyak lagi. Untuk pengetahuan pembaca sekalian, perisian ini sedang 'meletup' di laman web www.download.com . Memandangkan perisian ini begitu popular dan menjadi pilihan kaki download maka perisian ini tidak menghampakan anda sekalian.

Pada pendapat saya, pelawat blog ini disarankan untuk mencuba memuat turun pelbagai perisian percuma daripada sumber yang boleh dipercayai. Hal yang demikian kerana, cukuplah pengguna PC sekalian membayar untuk Windows seperti Windows XP dan yang terkini Windows Vista. Pada pendapat penulis, kedua-dua Windows ini memiliki banyak kelemahan. Buktinya, pihak Microsoft sering mengingatkan penggunanya supaya sering mengemas kini Windows daripada laman web Microsoft. Tambahan pula, sesuatu PC itu boleh lumpuh dengan hanya menukar tetapan registry sedangkan pengubah itu pun tidak tahu adakah perbuatan mereka itu boleh melumpuhkan sistem. Namun, kelebihannya ialah kedua-dua Windows ini stabil pada masa kini. Contohnya, pelbagai games dan perisian yang menyokong kedua-dua Windows ini berbanding dengan OS Linux dan sebagainya.

-Setelah penat saya berceloteh, kini saya ingin memberikan 30 senarai software yang perlu anda muat turun ke komputer anda...

1. Avast! Home Edition - Anti-virus Tools - Download

2. Ad-Aware 2007 - Spyware Removers - Download

3. AVG Anti-Virus Free Edition - Antivirus Software - Download

4. LimeWire - MP3 Finders - Download

5. ICQ - Chat - Download

6. mIRC - Chat - Download

7. Spybot - Search & Destroy - Spyware Removers - Download

8. FrostWire - MP3 Finders - Download

9. Advanced WindowsCare V2 Personal - Diagnostic Software - Download

10. Avira AntiVir PersonalEdition Classic - Antivirus Software - Download

11. Ccleaner - Internet Cleanup Tools - Download

12. Mozilla Firefox - Internet Browser - Download

13. Opera - Internet Browser - Download

14. TheWorld - Internet Browser - Download

15. KMPlayer - Digital Media Players - Download

16. GOM Player - Digital Media Players - Download

17. Easy Video Downloader - Video Downloader - Download

18. Sumatra PDF Portable - PDF File Reader - Download

19. MP3 Reducer - MP3 Tools - Download

20. Express Rip - MP3 Tools - Download

21. Wisdom-soft ScreenHunter 5.0 Free - PC Screen Captor - Download

22. Winamp 5.52 - Digital Media Players - Download

23. FLV Player - Digital Media Players - Download

24. Camfrog Video Chat - Webcam & Video - Download

25. BitDefender Free Edition 8.0 - Anti-virus Tools - Download

26. Skype - Chat - Download

27. Steganos LockNote 1.0 - Lock Note with Password - Download

28. PhotoFiltre v6.2.3. - Image Editor - Download

29. PortableApps Suite - Security for Thumb Drive - Download

30. Batch File Renamer 1.02 - File Renamer - Download

Taufik SM: Jika anda mempunyai sebarang masalah, sila e-mel ke taufiksm8@yahoo.com . Jika anda mahu chat dengan saya secara online melalui aplikasi Yahoo! Messenger ,sila add ID Yahoo saya itu dahulu. Untuk mengetahui bilakah saya sedang online di Yahoo! Messenger, saya akan berikan waktunya iaitu seperti berikut:

1. Hari Sabtu pada pukul 10.15 pagi.
2. Hari Ahad pada pukul 3.15 petang.

Nota: Sila lihat pada ruangan "Contact Zone" di blog ini. Jika tertera perkataan "I'am Online Send me a message" bermakna ketika itu saya sedang online di Yahoo! Messenger...



0 comment(s) to... “Download Pelbagai Software Percuma !!!”

0 comments: