Filem Dunia Baru The Movie

Posted Isnin, Februari 11, 2008 by Lelaki Herba in Labels:
Dunia Baru The Movie


Sinopsis:

Filem ini berkisahkan tentang penggembaraan kumpulan pelajar kolej yang penuh dengan kerenah yang mencuit hati penonton. Kisah filem ini bermula apabila Opie ( Elyana ) mendapat kejutan melalui surat yang ditulis oleh Anizah ( Anita Baharom ) memaklumkan hasratnya ke Thailand untuk menikahi Fazley ( Mohd Hafiz ).



Menurut surat itu, Anizah nekad sehingga sanggup melepaskan tawaran melanjutkan pelajaran di United Kingdom ( UK ). Perkara itu mengejutkan dan membimbangkan Opie, Madihah ( Ann Ngasri ), Suzanna ( Almy Nadia ), Adif ( Pierre Andre ) dan Tajol ( Wan Elyas ). Mereka berpakat mengejar Anizah dan mengubah keputusannya. Misi murni ini turut disertai Erika ( Bazura Kahar ) dan Darius ( Iqram ). Hasrat Madihah yang sarat hamil untuk sama-sama mencari Anizah bagaimanapun terpaksa dilupakan apabila Darius tidak menizinkan Madihah pergi mencari Anizah.


Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Changlun menguji kesabaran tujuh sekawan ini. Mereka terpaksa berdepan dengan pelbagai peristiwa dan kerenah. Antaranya, meringkuk dalam lokap kerana disyaki bersubahat dengan geng Citrawarna yang banyak melakukan pembunuhan. Dalam cabaran pertama itu, penonton pasti tidak kering gusi dengan aksi Opie dan rakannya. Tambah lucu apabila ibu Adif ( Khadijah Tan ) tiba-tiba muncul memberi 'ceramah' penuh nasihat seperti biasa. Jalan cerita dihangatkan lagi dengan insiden kecurian di surau, rumah berhantu dan kemunculan Seekers serta persembahan spontan pada majlis perkahwinan. Fokus tidak tertumpu kepada 7 pelajar kolej ini semata-mata, tetapi juga usaha Fazley melarikan Anizah yang turut membabitkan pekerja Bangladesh dan sukarelawan Seekers, Kenjana Devi.


Info:

-Filem: Dunia Baru The Movie
-Pengarah: M Hitler Zami
-Pelakon: Elyana, Anita Baharom, Mohd Hafiz Nafiah, Ann Ngasri, Almy Nadia, Pierre Andre, Wan Elyas, Bazura Kahar, Iqram Dinzly
-Genre: Komedi/Road Trip
-Edaran: Grand Brilliance Sdn Bhd
-Tayangan: 7 Februari 2008
-Laman Web: www.duniabaruthemovie.com


Info Tambahan:

-Muat turun "Caller Ringtone" Lagu Tema Filem Dunia Baru The Movie

1. Artis: Duta
Lagu Tema: Dunia Baru
-Maxis: Dial *131*78296# dan tekan Call/Send
-Digi: kod- 0036648
-Celcom: kod- 42316

2. Artis: Duta
Lagu Tema: Cinta Antara Kita
-Maxis: Dial *131*78307# dan tekan Call/Send
-Digi: kod- 0036657
-Celcom: kod- 42317


Source: Akhbar Metro Ahad, 10 Februari 2008

Taufik SM: Untuk maklumat lanjut tentang filem ini, sila layari www.duniabaruthemovie.com . Jangan lupa dapatkan kaset,CD & Nada Dering original Soundtrack Dunia Baru The Movie dari NSR ...



0 comment(s) to... “Filem Dunia Baru The Movie”

0 comments: