Filem The Spiderwick Chronicles

Posted Ahad, Mac 09, 2008 by Lelaki Herba in Labels:



The Spiderwick Chronicles memaparkan pengalaman penuh misteri tiga bersaudara apabila berpindah ke kediaman lama yang diwarisi daripada moyang saudara mereka, Lucinda.

Selepas membaca buku yang menyimpan rahsia dunia pari-pari milik Athur Spiderwick, mereka dapat melihat makhluk aneh yang berlegar di luar kawasan rumah usang itu.



Penemuan luar biasa itu mengundang bahaya apabila mereka menjadi perhatian raksasa jahat, Mulgarath yang sanggup melakukan apa saja untuk mendapatkan buku catatan Spiderwick.

Walaupun diserang pengikut Mulgarath, adik-beradik itu nekad melindung buku itu demi mengekalkan keharmonian dunia.

Dalam usaha itu, mereka dibantu ‘penjaga’ buku itu, Hogsquel yang bergantung dengan madu untuk mengawal kemarahannya.

Barisan pelakon berjaya filem ini berjaya menjiwai karektor masing-masing dengan baik. Lihat saja persembahan Freddie Highmore sebagai pasangan kembar, sangat membanggakan, apatah lagi dia mampu memikul dua karektor berbeza. Ia pasti bukan tugas mudah, lebih-lebih lagi dua karektor itu banyak berinteraksi antara satu sama lain.

Filem ini cukup rencahnya — kostum, sinematografi, kesan khas dan karektor yang dihidupkan menerusi imej janaan komputer sangat mengagumkan.

Pengembaraan ‘magis’ yang menjanjikan kepuasan ini sesuai ditonton seisi keluarga.




Info


FILEM: The Spiderwick Chronicles

ARAHAN: Mark Waters

PELAKON: Michael Kahn, Freddie Highmore, Sarah Bolger, Mary-Louise Parker dan David Strathairn

GENRE: Fantasi/Sains fiksyen

TAYANGAN: 13 Mac 2008

Source: Akhbar Harian Metro,Ahad, 09 Mac 2008



0 comment(s) to... “Filem The Spiderwick Chronicles”

0 comments: