Kronologi Gosip Panas Artis

Posted Ahad, Mac 16, 2008 by Lelaki Herba in Labels:


Kronologi gosip panas artis dari tahun sebelumnya hingga sekarang.... Klik Read More untuk membaca...







Ashraf Sinclair yang bercumbu dengan Bunga Cinta Lestari, gambar lucah yang mengaitkan nama Zarina An-Julie, kononnya juga Ida Nerina berasmara di atas katil, rakaman mesra Ajai dengan seorang gadis disalah anggap dan terbaru dikatakan Dang Suria Zainordin menjadi isteri ketiga ahli perniagaan berusia 42 tahun.

Ini antara gambaran visual digital yang berlegar di Internet. Gambar ini seperti ‘bercerita’ sehingga menimbulkan spekulasi rancak di kalangan pelayar Internet. Dalam hal begini, adakah kemudahan teknologi hari ini harus dipersalahkan?

Menurut Ketua Pegawai Operasi Maestro Talent & Management yang juga Presiden Karyawan, Freddie Fernandez, biasanya apa saja berita sama ada baik atau buruk mengenai artis, ia tetap publisiti baik. Bagaimanapun, apabila tiba kepada sebaran gambar peribadi di Internet seperti berlaku sekarang, ia bukan lagi kebaikan.

“Banyak juga gambar tipu, menggunakan badan orang lain muka pula orang lain (superimposed). Ada pihak menyalahgunakan perkembangan teknologi. Teknologi untuk kebaikan kita, tetapi yang salah adalah mereka yang tidak bertanggungjawab itu.

“Manakala gambar yang terlalu peribadi pula, cuma kesilapan tuan punya yang cuai sehingga ia jatuh ke tangan mereka yang tidak dipercayai. Ia boleh menjejaskan nama artis itu di depan masyarakat. Artis juga silap sebab tidak berhati-hati,” katanya.

Menurut Freddie, gambar peribadi hanya untuk simpanan peribadi, tetapi kemampuan format digital hari ini membolehkan ia pantas disalurkan melalui sambungan tanpa wayar.



ASHRAF Sinclair menggemparkan industri hiburan apabila foto ‘panasnya’ bercumbu dengan aktres dan penyanyi jelita dari Indonesia, Bunga Citra Lestari menjadi tatapan Metro Ahad pada 2 September lalu.



Foto eksklusif yang dirakam ketika pasangan ini bercuti di Bali, Indonesia adalah hak milik laman web Kapanlagi.com.

Pada 3 September, sehari selepas paparan Metro Ahad, Ashraf mengadakan sidang media di restoran Winters Womers, The Curve, Damansara, memohon maaf secara terbuka kepada rakyat Malaysia di atas tindakannya yang menyentuh sensitiviti segelintir masyarakat Islam di negara ini.

Rap, Harian Metro – 4 September 2007



"TIDAK masuk akal jika imej dalam video itu adalah saya," kata Ida Nerina mengulas penyebaran klip video aksi seks di Internet kononnya memaparkan dia bersama seorang lelaki.

Kata Ida, dia sudah lebih 15 tahun berlakon filem mahupun drama, takkan orang ramai masih tidak mengenali wajah sebenarnya.

Dia turut kecewa apabila ada pihak mengambil kesempatan menyebar klip video atau gambar dengan meletakkan namanya dengan harapan memperoleh rating tinggi bagi laman web serta blog dihasilkan.

“Jangan kata blog orang lain, blog saya sendiri mendapat pengunjung mencecah 40,000 hingga menjadi antara paling tinggi dilawati hanya dalam tiga bulan,” katanya.

Rap, Harian Metro – 19 Februari 2008



"BUKAN saya, itu perbuatan orang yang dengki dengan saya," kata Zarina An-Julie, pelakon baru yang kini popular dengan drama bersiri Anak Pontianak, mengulas penyebaran gambar bogel menyerupainya melakukan hubungan seks dengan seorang lelaki melalui telefon bimbit dan laman web.

Pelakon berusia 21 tahun yang dikenali dengan panggilan Anju itu mendakwa gambar terbabit dihasilkan melalui teknik pertindihan imej.

“Gambar itu bukan saya... sebenarnya sudah tiga kejadian membabitkan gambar menyerupai saya beraksi lucah. Semuanya menggunakan teknik sama iaitu meletakkan wajah seseorang di badan orang lain dan mengatakan itu adalah saya,” katanya.

Rap, Harian Metro – 12 Januari 2008



AJAI mengakui mengenali gadis yang bergambar dengannya, tetapi menganggapnya tidak lebih daripada kawan. Enggan memberitahu nama gadis itu, Ajai berkata, dia hanya seorang model.

"Salahkah gambar itu? Namun saya tidak kisah apa orang mahu kata kerana saya tahu apa yang berlaku sebenarnya. Bukannya kami bercium atau gambar bogel. Lagipun saya jumpa macam-macam orang yang nak bergambar dengan saya, kadangkala di luar kawalan," katanya.

Selebriti, Metro Ahad – 9 Mac 2008



DANG Suria antara mangsa terbaru penyebaran Internet. Pengacara di stesen Awani ini dikatakan menjadi isteri ketiga ahli perniagaan. Bagaimanapun di dalam Internet itu, tiada gambar mereka berdua mahupun gambar pernikahan.

Dang Suria bagaimanapun menafikan berita itu. Sehingga kini, dia masih ibu tunggal kepada anaknya.

“Memanglah geram, tapi nak buat macam mana?” katanya kepada Selebriti Metro Ahad, dua hari lalu.

Source: Akhbar Harian Metro,Ahad, 16 Mac 2008



0 comment(s) to... “Kronologi Gosip Panas Artis”

0 comments: