Konsert Akademi Fantasia 6 - Sabtu,19 April 2008

Posted Isnin, April 21, 2008 by Lelaki Herba in Labels:

Pelajar harus terus berlatih supaya menjadi lebih bagus,” kata penyanyi berpengalaman dari Indonesia Hetty Koes Endang yang menjadi pengkritik jemputan pada konsert Akademi Fantasia musim keenam (AF6), Sabtu lalu.




“Malam ini saya nampak pelajar wanita lebih menguasai pentas berbanding pelajar lelaki. Tiga pelajar saja menunjukkan persembahan baik dan boleh pergi jauh sekiranya bakat dimiliki terus diasah seperti Stacy (Stacie Angie Anam), 18, dengan lagunya Makhluk Tuhan Paling Seksi dan Nadia (Nadia Haswani Hasnan), 18, menyanyikan lagu Kalis Rindu.

“Riz (Mohammed Idris Mohd Zaizizi Riz), 22, menyanyikan lagu asal nyanyian kumpulan Muse, Time Is Running Out, juga melakukan persembahan yang menarik,” katanya.



Mengambil contoh persembahan Mohamad Aliff Mohd Razali (Aliff), 22, yang menjadi pelajar pertama mengadakan persembahan mematikan minat sebahagian besar penonton di dewan mahupun di rumah apabila melakukan kesilapan besar dengan tidak mengingati lirik Hai nyanyian asal Adam pada permulaan lagu.

Perkara itu berlaku beberapa kali sehinggakan Adam yang muncul mengadakan persembahan sebagai kejutan untuk Aliff pada satu ketika terpaksa menyanyi bersama bagi menyelamatkan keadaan.

Momentum persembahan kelmarin terus menurun dengan persembahan kurang memberangsangkan. Seperti peserta dari Sarawak, Stanley Maringai David Impi (Stanley), 25, sewaktu menyanyikan lagu Umi, nyanyian asal Datuk Shake.

Hetty menegur Stanley kerana dia gagal menyanyikan lagu berjalur blues itu dengan baik apabila penguasaan terhadap nada lagu kurang jelas sehingga mengganggu lontaran suara dan penyampaian.

Persembahan Khairul Nizam Baharom (Toi), 31, yang kaku, gagal mengingati lirik dan sebutan bahasa Inggeris yang kurang menyerlah sewaktu menyanyikan lagu Beautiful Girls(Sean Kingston) turut mendapat kritikan bukan saja daripada Hetty tetapi dua lagi pengkritik tetap, Fauziah Datuk Ahmad Daud (Ogy) dan Ning Baizura.

“Saya faham semua peserta yang mengadakan persembahan malam ini masih mentah dalam dunia nyanyian dan kurang pengalaman. Malah, ada antara mereka saya lihat tidak dapat menyembunyikan perasaan gementar.

“Malam ini saya nampak pelajar wanita lebih menguasai pentas berbanding pelajar lelaki. Tiga pelajar saja menunjukkan persembahan baik dan boleh pergi jauh sekiranya bakat dimiliki terus diasah seperti Stacy (Stacie Angie Anam), 18, dengan lagunya Makhluk Tuhan Paling Seksi dan Nadia (Nadia Haswani Hasnan), 18, menyanyikan lagu Kalis Rindu.

“Riz (Mohammed Idris Mohd Zaizizi Riz), 22, menyanyikan lagu asal nyanyian kumpulan Muse, Time Is Running Out, juga melakukan persembahan yang menarik,” katanya.

Bagaimanapun kata Hetty, sudah masuk minggu kelima seharusnya beberapa peserta menunjukkan peningkatan dari sudut penguasaan lagu dan pentas.

“Pelajar ini sepatutnya bersyukur kerana mereka sudah terpilih antara ribuan peserta yang hadir uji bakat. Jika sudah dipilih tentu ada sesuatu yang istimewa pada mereka. Seharusnya peluang ini digunakan sebaiknya untuk belajar dan memperbaiki diri.

“Terutama pada pertandingan seperti ini pemenang dipilih menerusi undian sistem pesanan ringkas (SMS), jadi tentu mereka mengharapkan pelajar buat yang terbaik setiap kali mereka mengadakan persembahan.

“Jadi supaya tidak mengecewakan pengundi, mereka mesti bekerja keras. Oleh kerana itu saya tegaskan penting pelajar ini terus berlatih untuk menjadi bagus,” katanya.

Produksi konsert minggu kelima secara keseluruhan juga tidak membantu untuk menaikkan lagi kredibiliti pelajar AF6 apabila lebih mementingkan gimik yang boleh dianggap ‘kosong’ dan sia-sia berbanding kritikan panjang lebar yang mahu diberikan pengkritik.

Apa pentingnya membawa naik ‘Sean Kingston palsu’ ke pentas untuk memberi bunga kepada Toi dan bercakap dalam bahasa Tamil, berbanding kritikan panjang lebar diberikan Hetty tetapi cuba dipotong pengacara konsert, AC Mizal.

Dalam keadaan peserta yang masih tidak menunjukkan peningkatan walaupun sudah masuk minggu kelima, pastinya kritikan yang membina lebih penting bagi memastikan pelajar yang agak ‘lembap’ hendak menerima tunjuk ajar, dapat memahami apa yang cuba dimaksudkan pengkritik.

Begitu juga sedutan gimik dilakukan Corrie, yang berlari ke tandas disiarkan sebelum Riz memulakan persembahan. Walaupun ia cuba dikaitkan dengan lagu mahu didendangkan peserta dari Gerik, Perak itu tetapi ia langsung tidak kena dan hanya membuang masa penonton.

Kelmarin juga nasib tidak menyebelahi kakak penyanyi popular Datin Seri Siti Nurhaliza iaitu Siti Norsaida Tarudin (Saida) 32, apabila tersingkir selepas menerima undian paling rendah.

Memberikan komennya mengenai penyingkiran dibuat, kata Hetty menerusi penjelasan dibuat Ogy dan Ning ternyata masalah kurang ekspresi dan gagal menonjol setiap kali membuat persembahan menyebabkan sokongan diterima Saida semakin berkurangan.

Source: Akhbar Harian Metro, Isnin, 21 April 2008



0 comment(s) to... “Konsert Akademi Fantasia 6 - Sabtu,19 April 2008”

0 comments: