Ashraf Cemburu Babak Cium Bunga-Andhika?

Posted Sabtu, Mei 10, 2008 by Lelaki Herba in Labels:


KL, 7 MEI 2008: Hai, gara-gara adanya babak cium antara Bunga Citra Lestari dengan Andhika Pratama dalam filem Ada Kamu Aku Ada, Murai Batu dengar-dengar ada insan yang tidak senang duduk dan dilanda perasaan cemburu.





Lagipun, ini bukanlah filem pertama Bunga yang menampilkan babak ciumnya dan kalau pun ia dilakukan, bagi Bunga, semuanya berlaku dalam situasi yang profesional.



Siapa lagi kalau bukan si teman lelaki Bunga iaitu Ashraf Sinclair!


Yalah, macam manalah si Ashraff tu tak cemburu, bukankankah girlfriendnya itu seorang yang cantik dan seksi! Tentunya bila ada aktor kacak lain cuba dampingi si buah hatinya itu walaupun dalam lakonan, mestilah hati Ashraff jadi 'panas' dan diserang api cemburu! Manusia biasa katakan...


Bukan setakat itu saja, Murai Batu dimaklumkan lagi, Bunga pada awalnya langsung tidak memberitahu Ashraff bahawa adanya babak cium antara dia dan Andhika dalam filem arahan Rizal Mantovani itu. Mungkin juga Bunga tidak berasakan bahawa adegan ciuman semacam itu sebagai sesuatu perkara yang perlu diperbesarkan.

Lagipun, ini bukanlah filem pertama Bunga yang menampilkan babak ciumnya dan kalau pun ia dilakukan, bagi Bunga, semuanya berlaku dalam situasi yang profesional.


Hai, entahlah Murai Batu pun tidak tahu nak cakap apa. Tapi, apa yang penting, Murai Batu dapat tahu, hubungan mereka berdua sudah kembali jernih semula seperti sedia kala selepas diberikan penjelasan. Baguslah...


Nasihat Murai Batu, kalau hendak menjaga hati orang yang tersayang, janganlah cuba sorokkan apa-apa perkara yang boleh mengguriskan hati pasangan masing-masing. Satu lagi, kepercayaan dan kejujuran amat penting kalau sedang bermain cinta.


Source: Portal Web Murai


0 comment(s) to... “Ashraf Cemburu Babak Cium Bunga-Andhika?”

0 comments: