Dr Mahathir miliki blog sendiri ?

Posted Sabtu, Mei 03, 2008 by Lelaki Herba in Labels:
blog Mahathir

PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri,Tun Dr Mahathir Mohamad, kini mempunyai laman blog sendiri iaitu www.chedet.com untuk memberi peluang kepada orang ramai berinteraksi secara dua hala berkongsi pandangan,kritikan atau pendapat.

Dr Mahathir berkata,laman blog yang diwujudkan secara rasmi mulai 1 Mei 2008 lalu membolehkan beliau memaparkan pelbagai pandangan dan pendapat peribadinya terhadap isu tertentu untuk dikongsi dengan seluruh masyarakat.

Malah, beliau turut mengalu-alukan semua pihak termasuk media untuk menghasilkan semula atau memetik bahan yang dipaparkan dalam laman blog terbabit dengan syarat memberi kredit kepada alamat laman blognya.

Bagaimanapun, semua komen dan pandangan yang disalurkan ke laman blog itu mesti disertakan dengan nama atau nama samaran masing-masing, bagi mengelakkan 'posting' mereka ditolak.

Sementelahan itu, laman blog itu turut memaparkan gambar dan maklumat peribadi Dr Mahathir sejak menjadi Perdana Menteri dari 1981 hingga 2003.

Source: Akhbar Harian Metro, Jumaat, 2 Mei 2008.

0 comment(s) to... “Dr Mahathir miliki blog sendiri ?”

0 comments: